Mercun, Bunga Api, Meriam, Hari Raya Dan Polis

•Jumaat, September 26, 2008 • 6 Komen

Assalammualaikum,

Wahh.. lama rasanya aku tak menulis dalam wordpress ni sebab aku dok sibuk ngan blog aku lagi satu tapi disebabkan seseorang yang telah memberi inspire kat aku untuk kembali menulis di sini (chewahh..!!) so aku akan teruskan..

Mercun, Bunga Api dan Meriam – Benda2 ini sinonim dengan ketibaan Hari Raya yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi..Ianya seperti satu kemestian, tak kira laa yang bahaya ke atau tak, setiap rumah pasti memilikinya..Kalau nasib baik, takde pape jadi.. Nasib tak baik, Tak dapat laa nak menghulur sepuluh jari meminta maaf di hari lebaran. Kesimpulannya, tidak akan ada satu perayaan pun yang takde benda2 ni..

Aku bukak cerita pasal mercun, mercun dan sebagainya sebab aku teringat yang pihak polis akan merampas dan menangkap sesiapa yang menjual alat2 merbahaya ni..Maklum laa.. Skarang ni mercun bukan macam dulu.. Ada yang besar Gorilla pon ada.. Meletop macam nak pecah rumah..Sebab tu pihak berkuasa ni tak membenarkan penjualan atau permainan mercun sebegini..

Yang menjadi tanda soal, KENAPA BILE TIME TAHUN BARU CINA, TAKDE PULAK SI PIHAK POLIS NI NAK BUAT TANGKAPAN ATAU MERAMPAS BARANG2 BERBAHAYA NI.. PENJUALAN MERCUN DAN BUNGA API BERLELUASA TANPA PERLU BERSELINDUNG?? KENAPA BILA HARI RAYA, SIBUK DIORANG NAK HARAMKAN PERMAINAN MERCUN, TAPI BILA TAHUN BARU CINA, DIORANG BUAT TAK TAHU JE.. APE NI?? ADILKAH PIHAK BERKUASA KITA???

ADAKAH DISEBABKAN ALASAN MEREKA BILA DATANGNYA TAHUN BARU CINA, MEREKA ‘TERPAKSA’ BERMAIN MERCUN UNTUK MENGHALAU HANTU, MAKA PIHAK POLIS DUDUK DIAM JE?? KALAU SETAKAT MERCUN YANG SENYAP TAKPE JUGAK.. INI MEMEKAK MACAM NAK HANCUR KAWASAN PERUMAHAN, PUN PIHAK POLIS TAK NAK HARAMKAN BILE TAHUN BARU CINA?? ADIL KE NI??

COME ON LAA.. KITA BUKAN HIDUP ZAMAN BATU.. KITORANG BOLEH BERFIKIR LAA..

Kalau nak haramkan penjualan atau permainan mercun ni, jangan laa pilih bangsa.. Kalau satu perayaan takleh main, MAKE SURE SEMUA PERAYAAN PUN TAK BOLEH MAIN MERCUN.. KAN ADIL CAMTU.. BANGSA LAIN PON TAK SAKIT HATI..

Macam biasa laa.. Aku cukup pelik.. Masyarakat Pelik kan..

Anyway, korang pikir laa.. Patut ke kita haramkan permainan mercun ni bagi semua perayaan atau tak.. Berikan pandangan bernas anda..

Assalammualaikum..

Aku Nak Buat Testing

•Selasa, Julai 1, 2008 • Tinggalkan Komen

Aku nak buat something new kat Blog Site Aku.. Aku nak buat something yang mempunyai faedah kat korang.. So kalau nak tau, jenguk2 laa kat site aku..

Ni untuk Comment Testing kat post aku.. Heh heh heh heh.. Saspen plak rasanya..

Tolong Pilih Domain Name Untuk Aku..!!!

•Selasa, Jun 24, 2008 • 4 Komen

Aku rasa dah sampai masa aku blah dari wordpress hosting ni..

Sampai masa aku berdikari di atas web hosting aku sendiri (padahal aku memang dah ada satu..Muakakaka)

Aku ingat nak beli satu lagi domain name.. Yang asal ni macam tak best.. Aku nak beli satu nama yang senang korang nak ingat.. Rasa macam membazir, tapi macam best plak ada banyak domain name..

Aku dah ada satu nama yang macam best.. Tapi kalau korang ada idea, share laa.. Jangan laa kedekut..

Pepahal pon, korang dijemput masuk ke blog aku yang dah lama ni.. Masuk Masuk.. Jangan malu2.. Affuan pernah menyibok kat sini..

Blogger Pelik, JAKIM Yang Pelik, Dan Kain PELIKat..

•Ahad, Jun 22, 2008 • 4 Komen

Aku suka citer pasal masyarakat kita dalam blog aku.. Sebabnya, aku memang sarcastic sikit.. Aku memang suka buat orang marah.. Tapi kalau apa yg aku tulis tu betul, kenapa nak marah plak kan?

Negara kita ni banyak benda yang pelik tapi benar.. Contohnya, Pertandingan Celcom “100 hari 100 kereta” di label sebagai “HARAM”, “JUDI” tapi YANG PELIKNYA KEDAI MAGNUM 4D, KEDAI TOTO SPORT TAK PULAK DIHARAMKAN?

Kenapa? Sebab tokey kedai tu bagi jaminan yang diorang takkan benarkan bangsa Islam beli tiket Judi tu..? Tapi takde ke bangsa Islam yang beli benda HARAM tu?

Pelik, Tapi Benar..Betul tak?

Oppsss… Aku melalut..

Aku sebenarnya nak tergelak baca pasal Cik !x0R@ kita yang telah membuang entri beliau pada bila masa pon aku tak tahu.. Memang PELIK sebab beliau men’delete’ entri beliau hanya kerana PR blog beliau 5, tapi bagi aku kalau pelik, beliau tak patut MENYESAL.. HAHAHAHAHAHA.. Ko memang lawak laa, !x0R@..!!! HAHAHAHAHAHAHA…

Sekali lagi… Pelik, Tapi Benar…HAHAHAHAHAHAHA…

PS – Kain Pelikat tu saje je.. Sebab bunyik nada dia sama jer.. 🙂

Happy Birthday, Mrs.Rizwan..!!!

•Jumaat, Jun 13, 2008 • 5 Komen

“Happy Birthday to you..”

“Happy Birthday to you…”

“Happy Birthday to you, Mrs. Rizwan…”

“Happy Birthday to you……….”

Ecehh… Happy laa tu.. Nak2 pulak kejap lagi dapat hadiah.. Bukan 1, sampai 3 sekali hadiah aku kena beli.. Haduuhhh… Pengsan gue..

Anyway, bukan aku beli untuk orang lain kan.. Untuk missus aku jugak.. So lantak laaa korang nak cakap ape.. Korang bukan bini aku.. So boleh blahhh..!!! “Hehehehehe Ganas tak aku… Ganas takkkk??”

Ok..Ciao..

Tentang Artis Seksi Dedah Sana Sini Dan Pak Imam Kena Tangkap Sebab Berkhalwat

•Khamis, Jun 12, 2008 • 2 Komen

“Andai ku tahu, Malaikat Mu kan menjemputku, izinkan aku, mengucap kata taubat padaMu..”  Perhhgg.. Saspen…!!!

Bosan dengan channel Fly Fm, tanganku menekan butang di radio keretaku. Kedengaran seorang pemanggil bernama Pakcik Ramli sedang berbual dengan pengacara radio Era..

“Bukan saya nak cakap artis yang seksi, dedah saya sini tu jahat.. Tapi kita tak patut kutuk mereka tu.. Mereka pun manusia jugak..Mereka dah besar, dah boleh tau baik buruk.. Ape mereka nak pakai, biarlah.. Kita kutuk2 mereka, tapi ada jugak pak imam kena tangkap kat hotel sebab berkhalwat..!!! Itu kita tak cakap pulak??”

“Hmm… Dunia..Takkan pakcik tak tau??” Kataku bersendirian..

Tetiba, ada satu lagi panggilan masuk…

“Ye En Zaid.. Nak lepas geram kat siapa?” Pengacara radio itu bertanya..

“Saya nak lepas geram kat pakcik Ramli tu tadi.. Siapa dia nak cakap macam tu? Kenapa dia nak menggalakkan artis perempuan Malaysia ni berpakaian seksi? Lepas tu kenapa nak cakap pasal Pak Imam pulak? Ehh.. Dia tu Islam ke??” Marah En Zaid..

“Err.. Tak tau laa dia tu Islam ke tak..” Kedengaran suara pengaraca dalam keadaan serba salah..

Masuk lagi satu panggilan…

“En Ramli tak patut cakap macam tu.. Kita ni orang Islam tak boleh nak dedah sana sini.. Ape laa..” Marah seorang lagi pemanggil..

“……………………………..”

Kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Islam, ataupun bukan Islam, fikirlah.. “Siapa yang bersalah?? Pakcik Ramli? Artis Seksi? Pengacara Radio? En Zaid? Kau? Aku? Dunia?”

Blog Design

•Rabu, Jun 11, 2008 • 3 Komen

Ramai antara kita yang tau ber-blog saje.. Tapi ramai yang tak tau bahawa design sesuatu blog tu pon memainkan peranan penting dalam menarik minat pembaca blog.. Bukan setakat ape yang kita postkan tu menarik minat pembaca, tetapi perkara pertama yang diorang nak tengok dulu ialah design blog itu.. Sebab aku salah seorang dari pembaca itu..Muakakaka

Ramai antara blogger kita menggunakan blog untuk meng-ekspresikan perasaan kita terhadap satu perkara. Nak marah tak boleh, so kita pakai blog supaya orang didunia lain baca tentang apa yang kita post.. Tapi kalau boleh, bagi blogger2 yang baru, dan ada kemahiran dalam designing, cuba praktikkan ke dalam blog. Sebabnya, sekarang ni ramai designer yang buat banyak duit dari internet, hanya dengan kemahiran mereka dalam seni designing. Kalau tau coding, LAGI BAGUSSSS… LAGI BANYAK DUIT KORANG BOLEH BUAT..!!!

Korang boleh design satu theme (Perlu diingatkan sekarang ni Magazine theme tengah HOT..!!!) dan jual dengan harga yang tinggi, tertakluk pada quality.. Bukan setakat orang dalam Malaysia jer beli, omputeh kat luar sana pon kalau dia suka, beli jugak.. Kan buat duit namanya tu?

Mesti korang cakap “elehhh… dia ni cakap jer lebih.. blog dia pon takde design pape pon..” Sori ekk.. Aku tak tau langsung pasal design.. Pasal cek aku terer k..

Jumpa lagi..dan selamat beramal..

Bank Negara Malaysia, Cek Dan Aku..

•Jumaat, Jun 6, 2008 • 7 Komen

Mungkin ramai antara korang yang tau pasal cek tapi tak pernah pakai, atau tak pernah dapat, atau kedua2nya sekali..

Tapi pada korang yang tau, sekarang ni Bank Negara Malaysia nak pakai sistem baru supaya penjelasan cek dapat dipercepatkan kepada satu hari clearing.. Biasanya kalau korang deposit cek, amik masa 3 hari baru korang dapat duit kan? Tapi skang kebanyakkan bank dapat clearkan cek 1 hari je..

Tapi… Agak2 korang.. Boleh ke dapat duit tu dalam 1 hari?

BOLEH BLAHHH…!!!!

Kenapa aku cakap camtu? sebab kepada sesape2 yang ada akaun Maybank, RHB, CitiBank dan Bank Islam, cek2 korang semua aku yang proses kan.. Tu laa keja aku..

Dan aku secara terang2 nak bagitau korang, Apa yang Bank Negara tu tulis dalam surat khabar lama tu tak betul.. Mana boleh korang nak dapat duit dalam masa 1 hari je? Kalau korang deposit cek tu pukul 2.30 petang kat Maybank, korang boleh dapat duit malam tu jugak? Paling kurang pon korang dapat duit tu esok malam pukul 12.01 tgh malam.. Maknanya, kalau korang deposit cek ari Isnin, korang dapat duit hari Rabu.. So, tu kira satu hari ke? Hmmm….

Anyway, saje je aku nak membuang masa menulis kat sini.. Lama sangat aku tak spend time kat blog aku ni.. Rindu plak kat kawan2 aku dalam ni..

Ohh.. To IXORA, Happy Belated Birthday..

Minyak Oh Minyak..

•Khamis, Jun 5, 2008 • 6 Komen

“Berita Terkini..”

“Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa bekuatkuasa pada tengah malam ini, 5 haribulan Jun, harga pertrol akan naik kepada rm0.78 sen..”

Aku tengah driving masa dengar berita dari siaran radio, dan nyaris2 aku nak langgar kereta depan sebab terkejut..( Ohh.. aku cuti semalam sebab stress..!! ) terus aku membelok ke stesen minyak berdekatan konon2 nak isi minyak laa.. Tapi tak jadi sebab stesen minyak PENUH..!!!

“Hmm.. Ape nak buat.. Isi laa malam karang..”

Dalam perjalanan pulang, aku terpikir.. “Kenapa harga minyak naik teruk sangat? Ape dah jadi?”

Tiba2 otak aku bersuara…

Otak – “Boss, rasanya minyak naik sebab Amerika yang control pengeluaran minyak kot.. ”

Aku – “Ehh…Amerika mana ada minyak?

Otak – “Cuba boss pikir balik.. Kenapa Amerika serang Iraq? Sebab dia nak amik minyak diorang laa.. Ape laa boss ni..”

Aku – “Eh eh.. ko marah aku ek otak? Hmm.. tapi betul gak ek? Camne diorang control minyak tu?” Aku bertanya kat otak aku sendiri..

Otak – “Haaa.. tu laa boss tak tau..Amerika dapat Crude oil tu, pastu dia simpan satu tempat, underground supaya saper pon tak tau.. Pastu dia keluarkan sikit2.. Camtu boleh laa dia main harga minyak.. Bagi alasan sikit, dapat naikkan harga minyak..PAHAM?”

Aku – “Hmm.. logik gak.. memang sial laa Amerika tu..Tapi kalau harga minyak naik, takkan kerajaan kita tak boleh nak buat ape2 plak?”

Otak – “Haa.. tu saya tak tau.. Patutnya kerajaan kita kena naikkan harga subsidi diorang tu, KALAU ADA LAAA…Tapi diorang bagi alasan banyak peruntukan dibuat pada JalanRaya laaa, tu laa ni laaa.. Padahal jalan kat Malaysia ni macam setan.. Ape peruntukkan namanya tu??”

Aku – “Haa..Tu laaa ko tak tau.. KERAjaan kita kan bagus dalam bab2 bagi alasan.. Biasa laa..”

Otak – “Ehh.. Boss taknak isi minyak ke?”

Aku – “Ahhhh…Malas laaa… Esok kita pergi kerja NAIK BASIKAL..!!”

Ape tindakan kerajaan bila harga petrol naik? Kenapa tak tambah subsidi? Kenapa tak ‘CUT COST’ projek lain dan duit tu pakai untuk subsidi minyak? Aku rasa sekarang ni KERAjaan dah makin teruk laaa..

Dan tak disangsikan kalau satu hari nanti, rakyat akan membentak kerajaan dan memilih parti alternative untuk mengepalai kerajaan.. Ntah laa..

Jangan satu hari nanti ada orang kena tembak sudah…

Oh Kerja.. Sialkah Engkau Atau Pekerja Itu Yang Sial?

•Selasa, Mei 27, 2008 • 6 Komen

Sape kat sini yang dah bekerja?  Kepada anda yang suka dan sayang akan pekerjaan yang anda buat, tahniah diucapkan…

Ok.. Sekarang, saper yang tak suka atau kurang berminat dengan kerja anda? Aku yakin ramai gila yang tak suka akan pekerjaan yang korang buat tu.. Dan salah seorangnya adalah aku…

Kisah bermula pada tahun 1997 bersamaan 1 oktober ( Hong Kong join balik ngan China ) dimana aku memulakan hidup sebagai seorang kerani bank di Menara Maybank. Masa tu dalam otak tak pikir ape dah.. Janji dapat duit.. Dan memang masa tu, gaji permulaan aku hanya RM 724 sahaja.. Tapi time tu PETROL TAK NAIK, BERAS TEPUNG SUMER TAK MAHAL LAGI..Lagipun aku tinggal ngan parents aku, so duit bukan masalah besar..

Beberapa bulan lepas tu, aku mula kerja shift ( kalau kerja shift, dapat allowance banyak giler..!! ) campur OT skali, aku senang2 dapat dalam RM 1,500 sebulan..WOW..!! PAKCIK KAYOO..!!!

Oppsss.. ni bukan laa point aku sebenarnya nak tulis post ni.. Point yang sebenarnya ialah..

Setelah 6 tahun aku bekerja keras dengan Maybank, aku ditarik untuk mengepalai satu projek dimana Maybank telah meng’outsource’kan department aku, iaitu pemprosesan cek, kepada satu company lain. yang tak paham, maknanya, Maybank serahkan cek2 dari customer untuk company aku ni proseskan. Dan company ni akan charge certain amount untuk satu cek yang diproses. Pada ketika ini, tanggal 1 April 2003, bermulalah hidup aku sebagai Ketua Bahagian di company baru ni..

Untuk tahun yang pertama dan kedua, aku happy gila kerja kat situ. Tahun ketiga, kerja dah berlambak dan cara pemprosesan cek diimprovekan, dan pada tahun keempat dan kelima, bermulalah hidup aku sebagai seorang yang menyampah gila dengan kerja aku.. Nak tau kenapa? SEBAB MANAGEMENT MACAM SIAL..!!!!

Company ni adalah company dari U.S, tapi untuk Malaysia, ianya diketuai oleh seorang yang berbangsa Chap Ya Nun.. So macam biasa laa.. Satu perangai yang aku tau dari diorang ni, BILA DIA PERLUKAN KITA, DIA BUAT BAIK, BILA DIA TAKNAK, DIORANG LAYAN BANGSA KITA MACAM SIAL..!!!

DAN YANG PALING BEST, SEMUA CREDIT ( KEPUJIAN ) DAPAT KAT DIORANG, TAPI YANG BUAT KERJA MACAM SETAN, AKU..!!

Kalau nak diceritakan kat sini, memang panjang lebar.. Satu hari pon tak abis aku nak menaip.. Cuma aku nak terangkan kat sini, kalau korang nak carik kerja, carik kerja yang korang betul2 minat, betul2 suka.. Jangan sebab terdesak, and nak dapat duit, korang buat je kerja tu.. Tapi kalau dah terpaksa, itu hak korang laa..

Bukan aku nak kata Chap Ya Nun ni tak elok, kita pon ada masalah antara bangsa kita sendiri, tapi takde kemuafakatan antara kita dan mereka.. Sape yang malu? Mereka dan keluarga mereka..

Assalammualaikum..