Ape nak jadi..Politik Blog, Fitnah Blog, Kutuk Blog berleluasa…

Aku ada ‘ter’baca sesetengah blog yang ada dalam wordpress ni.. Dan boleh dikatakan laa memang banyak yang tak puas hati dengan kerajaan kita ni yang aku pun tak paham kenapa lembab sangat..Bagi aku, sesebuah kerajaan sepatutnya meng’update’kan kerajaan selaras dengan pemahaman or pemikiran rakyat..Tapi aku seriusly takde laa nak mengutuk kerajaan ke ape ke..aku lagi suka ceritekan pasal seseorang individu tu sendiri..sebabnye, bukan kerajaan tu yang salah tapi orang yang mengendalikan kerajaan tu yang salah..Betul tak?

Ok..aper yang aku nak kabokan kat sini, diharap ader laa pihak yang jangan sakit ati ker or nak pulaukan aku ker (masyarakat kita kan?) sebab ape aku nak tulis ni sama macam sebab ape yang korang tulis dalam blog korang gak..kita menulis dalam blog sebab kita rasa ader satu benda yang tak betul tapi kita hanya boleh meluahkan nyer dalam bentuk blog..Setuju tak ngan pendapat aku? Saper setuju angkat tangan!!

Dimulakan dengan bacaan Bismillah,

Aku kadang2 suka baca blog yang berkisar tentang politik..ade blog tu pulak berkisar tentang negeri kelahiran dia pulak tu..dan macam2 lagi laa blog yang kadang2 buat aku gelak sensorang, tapi bukan sebab blog ye..sebab masyarakat melayu kita sendiri berhempas pulas nak mengutuk orang lain laa nak mengutuk tempat kelahiran negeri lain laa fitnah laa…. aper sudah jadi??

Blog pertama – Isu politik

aku memang akui dalam alam jaringan ni, kita mudah untuk membuat aper sajer untuk mempromosikan ATAU memburukkan sesebuah politik itu..ader yang aku baca “Parti A memulakan kekecohan” pastu biler aku klik kat blog lain “Parti B memulakan kekecohan” so aku dah naik pening..”MANA SATU KORANG NI??” kejap cakap tu kejap cakap ni sampai kadang2 aku rasa macam blog2 berkenaan melancarkan peluru berpandu masing2..Tapi biasa laa isu2 macam ni masyarakat kita ni tersangat laa sensitip..Kan?? Tu yang buat aku gelak..

Blog kedua – Negeri kelahiran

Aku tau korang sudah semestinyer berbangga dengan tempat korang dilahirkan, betul tak? aku pun bangga dengan tempat lahir aku..aku dilahirkan kat Kuala Lumpur.. diulangi, KUALA LUMPUR.. aku terkejut membaca satu post ni yang menyatakan “Kuala lumpur tempat bermula maksiat untuk penduduknya!! negeri aku lagi bagus!!”

Alamak..?? ape ni?? ayat ni sudah lebeyy…aku dilahirkan kat tempat maksiat ke skarang ni?? adusss…menusuk ke jantung ku nih..!!

memang laa kalau nak dikatakan yang Kuala Lumpur ni tempat maksiat aku setuju sangat laa..dengan pub nyer laa ngan disko nyer laa tapi itu semua pilihan penduduk KL tu sendiri nak pegi ke tak atau nak memulakan kegiatan maksiat tu..kan?  Tapi ini tak adil..Takkan kat negeri lain takde disko kot?Dan kalau negeri tu takde disko pun, penduduk negeri tu semuanyer baik2 sangat ker?? Aku dah pergi macam2 tempat dan aku dah tengok ber’macam macam‘ orang kat tempat lain..

Dan ingin dinyatakan disini, dengan pengalaman aku yang memang anak jati KL ni, KEBANYAKAN ANAK2 MUDA YANG BERPELESERAN DALAM DISKO ATAU TEMPAT2 MAKSIAT NI BUKAN DILAHIRKAN DI KL SENDIRI TAPI DATANG NYA DARI NEGERI LAIN!!

Bagi aku, dari mana asal usul kita ni, “Tuhan yang menjadikan dan kepada Tuhan juga lah kita kembali..”

Aku memang suka baca blog pasal negeri kelahiran ni.. buat aku gelak lagi kuat..

Blog ketiga – Fitnah memfitnah

Blog pasal benda2 camni, orang yang suka bergossip mesti cari blog ni dulu..ader ker sampai dikatakan pompuan ni tido ngan laki ni laa pastu bini dia laa tido itu laa ini laa..aku pun pelik..buat aku kadang2 terpikir….

Betul atau sahih ke cerita diorang ni?

Pastu yang paling best nyer..”NO NAME MENTIONED..!!!”  kenapa laa tak tulis nama jer kan senang..kalau kita berada di tempat yang benar, kenapa kena takut? Cuba keluarkan kat dalam sokabar..bagitau aper yang betul2 jadi..tapi ini tak.. Buang bom sorok tangan.. ntah hape2 laa… Ni laa masyarakat kita.. “CAKAP BELAKANG MACAM HERO…”

Blog camni buat aku nak tido..Bosan..

Tu laa dia..aku dah malas nak cerita panjang2 dah..kalau korang rasa aku salah, then please laa tunjuk kan aku jalan yang betul, kalau aku dah buat salah, aku mintak maaf banyak2 kat korang.. Kita manusia takkan terlepas dari kesalahan..kan??

Cuma aku takot sangat2, sebab zaman sekarang ni zaman internet..semua umah ader internet dan bukan setakat orang2 tua jer yang surf internet ni, budak2 laa majoriti terbesar yang surf internet.. korang tak pikir ke aper akan jadi kalau cerita2 ntah haper2 ynag tak tau betul ke tak korang ni akan membuatkan budak2 ni terpengaruh? korang suka ke anak2 korang pulak nanti jadi ntah hape2 jugak?

Budak2 aper yang diorang tau..Lurus Bendul kan..

Jangan laa nak marah aku pulak ye lepas ni.. Kita hidup dalam satu negara sama2 laa kite memajukan bukan menghancurkan.. cuba bukak sikit otak tu dan tengok sekeliling..jangan main taram jer.. Anak jadi rempit pun tak tau.. Hadusss….

Assalammualaikum..

~ oleh Rizwan di Rabu, Oktober 3, 2007.

11 Respons to “Ape nak jadi..Politik Blog, Fitnah Blog, Kutuk Blog berleluasa…”

  1. hahaha..satu perbahasan yang bernas lagi sahih..saya jugak asal KL dan KL memang best..lagi best daripada Singapura..wuahaha..

    itu la..nak kata negeri diorang best sangat bukannya best pon..kalo dah best sesangat, penduduknya yang dikatakan baik lagi soleh tuh taklah pergi negeri lain buat maksiat..

    dah tu tuduh negeri lain yang adakan maksiat dulu..dia tak tau yang kalo pendirian individu tuh kalo kuat, mereka takkan terlajak dalam gejala maksiat nih..

    Ntahapahapantah tul orang orang skarang nih..

  2. Ko taw apesal jadik camtu?
    Sebab mereka ni hanya berkata-kata tanpa menggunakan otak!
    Kebodohan yang melampau!Apa-apa kes pun nak salahkan kerajaan.Tak tgk ke negara lain sengsara mcmana aduss..tak reti bersyukur!

  3. Hahaha..Thanks guys for the comment..

    Aku terkejut gak dapat comments ni sbb aku tak expect ader org nak komen kn..

    And aku harap sangat ramai orang kat luar sana macam korang ni sbb open minded..bukan macam katak duduk bawah jambatan isap dadah…

    Thanks again so much guys..!!!

  4. Masing2 ada pendapat sendiri. Aku tak salahkan ko. Ko pun manusia gak. aku membebel untuk meluahkan ketidakpuasan hati je. Kalo aku hangin macam tu kat luar, dah lama aku naik pokok kepala dan terjun. Wakaka! FYI, politik Malaysia HANCUR! Tapi aku tetap bersyukur dengan keamanan yang ada sekarang. Cuma sedarlah bahawa menteri2 Malaysia sekarang PATUT ditukar kerana terlalu banyak korupsi yang semua tahu dan berdiam diri je terutama Samy Velluuuuu.. Ekeke!

  5. mereka yang mengendalikan ketiga-tiga jenis blog diatas (harap blog saya tak tersenarai..heheheh) , sebenarnya memang boleh dikategorikan sebagai ‘katak bawah tempurung’ kerana mereka hanya bercerita apa yang berlaku di dalam ‘gua’ mereka tanpa menilai dengan akal dan pengalaman tentang sesuatu topik.

    Baik menjadi burung (bayan..hehehehehhe) yang terbang ke sana kemari dan bercerita apa yang dilihatnya. InsyaAllah, bayan akan cuba meneliti dengan mata hati dan akal yang waras.

    pendapat anda memang betul. boleh buat artikel ilmiah, cuma masukkan data dan statistik dari sumber yang boleh dipercayai.

    Bukankah rakyat malaysia fanatik dengan statistik?

  6. Pembebel, Sebut pasal samy vellu aku ader satu lawak ni pasal dia.. click kat sini ekk..

    http://papahorny.blogspot.com/2007/10/conversations-within-soul-and-his-god.html

    Thanks again guys..

  7. Rasulullah S.A.W telah bersabda :

    Tolonglah saudara engkau yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasulullah ! aku pernah menolong orang yang dizalimi maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda : Engkau tegah dia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia”

    Pada hadith yang lain Rasulullah juga ada menyebutkan bahawa :

    Barangsiapa yang tiada mahu menolong seorang mukmin yang sedang dihinakan orang di sisinya pada hal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolong Allah akan dia di dunia dan akhirat “

    Inilah hakikat kebenaran, dan hari ini kita dapat lihat betapa susahnya untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Kita juga dapat lihat berapa ramai yang sanggup bangun untuk menegakkan kebenaran ? Mungkinkah …

    1- Kita merasakan tidak layak untuk mencegahnya atas sebab kekurangan yang ada pada diri kita ? Sebab itulah, dalam hal ini, kita bukan saja wajib menunaikan tanggungjawab untuk mencegah kezaliman dan kemungkaran orang lain, akan tetapi dalam masa yang sama kita juga wajib untuk menunaikan tanggungjawab mencegah kemungkaram dalam diri kita sendiri. Maka itu adalah adil.

    2- Atau kita merasakan bahawa yang perlu untuk ditakuti adalah manusia, bukan Allah ? Rasulullah S.A.W berabda :

    ” Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman kepada seorang hamba pada hari kiamat, iaitu : Apakah yang menghalang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya ? Ia menjawab : Hai Tuhanku ! kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman : Engkau lebih berhak takut kepada Ku “

    Memang tak dapat dinafikan, untuk kita menyatakan kebenaran dan yang salah adalah amat berat dan pahit untuk diterima. Namun jika ia dilakukan demi kebaikan umat maka ini adalah jihad yang merupakan satu perjuangan yang takkan terhenti. Maka lebih baiklah sekiranya ia dilaksanakan kepada golongan yang mempunyai pangkat dan kuasa sepertimana kerajaan yang memerintah negara Malaysia pada hari ini yang mentadbir dan mengurus masyarakat. Rasulullah S.A.W bersabda :

    ” Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi sultan (kerajaan yang zalim) ” Riwayat Abi Said

    3- Atau kita ada kepentingan peribadi ? Mana lebih penting ? Islam atau perut kita ?

    Jadi semua ini berhajatkan kepada suatu tindakan yang datang dari kesedaran kita semua. Memandangkan, dunia Islam hari ini makin mencabar yang mengandungi bermacam peristiwa kezaliman dan kemungkaran, maka tanggungjawab terpundak di bahu kita semua khususnya umat Islam, bahkan sekiranya tidak diambil kira semua ini melalui perspektif Islam itu sendiri, namun, melaui sifat perkimanusiaan, maka kita juga bertanggungjawab untuk memikirkannya.

    Moral : Jangan sokong kezaliman dan orang yang berbuat zalim. Sayangilah DIA. Sayang bukan tanda kita rela pada DIA, tapi sayang kerna DIA adalah saudara seagama kita

    * DIA bermaksdud : pemerintah Islam yang tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang selayaknya ( zalim ).

    Sumber Rujukan : Kitab Syarah Hadis Empat Puluh Susunan Imam Nawawi

    Al-Faqir ilallah : Life Of Aku

  8. aku sokong kau…..yearghhhh.,….takkan melayu hilang di dunia

  9. Kepada sumer pembaca, Thanks a lot sebab comment post aku ni.. Yeargghhhh!!! takkan melayu hilang di dunia..!!

  10. yaa betul.. aku sependapat, sebenanrnya orang yang buat keputusan itu harus bertanggungjawab.. bukan sistem yang ada

  11. salam…
    besnyer korang..
    sekarang orang suka ikut nafsu daripda akal..itulah hakikat akhir zaman ni..beselah tu..’

    maka kita yang faham ni, kenalah tunaikan tanggungjawab kita yer? dengan tidak melayan sebarang fitnah atau apa2 keburukan yang disebut kat atas…

    k..jemput datang ke blog saya..insyaAllah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: