Tentang Artis Seksi Dedah Sana Sini Dan Pak Imam Kena Tangkap Sebab Berkhalwat

“Andai ku tahu, Malaikat Mu kan menjemputku, izinkan aku, mengucap kata taubat padaMu..”  Perhhgg.. Saspen…!!!

Bosan dengan channel Fly Fm, tanganku menekan butang di radio keretaku. Kedengaran seorang pemanggil bernama Pakcik Ramli sedang berbual dengan pengacara radio Era..

“Bukan saya nak cakap artis yang seksi, dedah saya sini tu jahat.. Tapi kita tak patut kutuk mereka tu.. Mereka pun manusia jugak..Mereka dah besar, dah boleh tau baik buruk.. Ape mereka nak pakai, biarlah.. Kita kutuk2 mereka, tapi ada jugak pak imam kena tangkap kat hotel sebab berkhalwat..!!! Itu kita tak cakap pulak??”

“Hmm… Dunia..Takkan pakcik tak tau??” Kataku bersendirian..

Tetiba, ada satu lagi panggilan masuk…

“Ye En Zaid.. Nak lepas geram kat siapa?” Pengacara radio itu bertanya..

“Saya nak lepas geram kat pakcik Ramli tu tadi.. Siapa dia nak cakap macam tu? Kenapa dia nak menggalakkan artis perempuan Malaysia ni berpakaian seksi? Lepas tu kenapa nak cakap pasal Pak Imam pulak? Ehh.. Dia tu Islam ke??” Marah En Zaid..

“Err.. Tak tau laa dia tu Islam ke tak..” Kedengaran suara pengaraca dalam keadaan serba salah..

Masuk lagi satu panggilan…

“En Ramli tak patut cakap macam tu.. Kita ni orang Islam tak boleh nak dedah sana sini.. Ape laa..” Marah seorang lagi pemanggil..

“……………………………..”

Kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Islam, ataupun bukan Islam, fikirlah.. “Siapa yang bersalah?? Pakcik Ramli? Artis Seksi? Pengacara Radio? En Zaid? Kau? Aku? Dunia?”

~ oleh Rizwan di Khamis, Jun 12, 2008.

2 Respons to “Tentang Artis Seksi Dedah Sana Sini Dan Pak Imam Kena Tangkap Sebab Berkhalwat”

  1. semuanya.

    tak betul jaga

  2. sapa la yang salah ek?

    tapi Pakcik Ramli tu ada jugak benar nya. Tak kira la artis ke orang biasa ke, kalau dah muslim tu, sudah tahu batas2 aurat masing2. So kena la bertanggung jawab terhadap tindakan sendiri. Interpretation agama nih bole berbeza mengikut individu tersebut berdasarkan pengaruh childhood, culture dan pendirian.

    Dan semua orang ada hak bersuara; nak komen orang lain ke apa ke, itu dia punya pasal. Asal jangan serang secara fizikal, dah la.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: