Movie Review Cerita Arahan Prof.Madya A.Razak Mohaideen

“Assalammualaikum”

Kepada sesape yang minat sangat dengan Saiful Apek..Jangan marah aku..

Kepada sesape yang minat dengan Pakcik Piee..Jangan marah aku..

Dan kepada pembaca yang berasal dari utara sana noo…Jangan marah aku..

Tapi korang marah laa kat Prof.Madya A.Razak Mohaideen sebab dia laa aku tulis entry ni..

otai.jpg

Aku tak penah tengok citer ni..Tapi from ape yang aku baca, citer ni pasal si Apek ni dah kawin tapi takde zuriat, pastu bini dia bagi dia kawin lain, but still takde zuriat gak..<–ape yang aku baca laa..

Kenapa aku tak suka citer ni, bukan sebab jalan citer ni..Tapi tang pelakon tu..

Kenapa laa selalu dia mesti ambik si Apek ngan Yassin jadi pelakon dia ekk? aku tau sebab dia nak promote citer dia and ramai manusia2 pelik kat Malaysia ni memang minat gile kat si Apek ni, tapi bagi laa peluang kat pelakon lain..

Aku tak kisah sangat, lantak laa kau nak ambik saper berlakon pun..Tapi yang buat aku menyampah, asek2 lawak sepastik yang sama jer si Apek ni buat..Korang tak bosan ke?

Tolong laa..Bukak laa mata tu sikit..Bosan tau tak? Kalau sepuloh citer and sepuloh lawak yang sama, aku dah bole tau jalan citer sebelum dia buat lawak lagi..Korang setuju tak?

Ok laa..Kita sambung bawah pulak..Malas nak citer pasal lawak berulang ulang ni..Buat laa lawak lain oii..!!

Cerita ni pulak pasal kehidupan dan cara hidup orang utara..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang aku tak puas hati dalam citer ni, bole tak dia asek ketuk kepala anak2 dia..!!! Ape punya bapak daa…

Pastu, biler diorang buat segmen pasal citer ni kat TV3 <–tak salah aku–> si pakcik piee ni kata, memang orang utara kalau nak marah / mengajar anak2 diorang, mak bapak kena ketuk kepala..

Ape ni..? Memang laa mak bapak bole buat aper sajer kat anak2 diorang..Tapi takde laa pulak sampai nak ketuk kepala anak sendiri..

Tolong laa cekkk…Tak payah laa nak tunjuk kat satu Malaysia ni macam mana orang utara ajar anak diorang dalam citer ni..Buruk sangat nampaknyer..Yang paling bodohnyer, si director laa..Sebab dia direct citer ketuk2 kepala dan bagi aku, benda2 macam ni akan mempengaruhi minda orang2 yang tengok citer tu..

Dan aku cakap macam ni sebab minggu lepas aku nampak sorang budak skolah selamba jer ketuk kepala kawan dia..Biler aku mara dia menjawab..

Budak skolah: “Kenapa nak marah saya jer bang, Marah laa jugak pakcik piee tu..Dia pun ketuk kepala orang lain jugak..!!”

Hadusss……

Last skali, aku nak bercakap pasal Prof.Madya A.MamakMohyidin ke aper ntah nama dia..Punya laa benci, gambar dia pun aku taknak letak..

Korang sumer mesti perasan time Hari Raya aritu, program TV banyak paparkan citer2 si mamak ni..Memang aku menyampah laa nak bukak TV time tu..

Dan seperti yang aku nyatakan diatas tentang citer2 tadi, ada satu benda yang paling aku menyampah skali kalau si mamak ni buat citer..Nak tau..??

Jap..aku nak roll drum jap..

*drum rolls…..*

SEMUA CERITA ARAHAN PROF.MADYA A.RAZAK MAMAK NI SEMUANYER BERKISAR TENTANG / MENGGUNAKAN LOGHAT MAMAK..!!!!! TAKDER LANGSUNG CERITA PASAL ORANG KL KE ORANG JOHOR KE OR MANA2 JER LAA..SEMUANYA PASAL ORANG UTARA / MAMAK…

Ape punya mentaliti laa..

Bukan aku nak mengutuk / mengata / mencemuh orang2 yang berasal dari utara..Ramai kawan2 aku asal dari sana..Tapi cuba laa jangan asek nak buat citer pasal orang utara jer..Apa, takde orang yang berasal dari tempat lain ke dalam Malaysia ni..? Kau ingat orang yang datang dari KL dari Johor dari Seremban dan dari mane2 laa, tak tau buat lawak ke?

Dan aku teringat dalam segmen TV3 tu (tak salah aku segmen ‘Bersama Awal’ laa) si mamak ni mengulas…Dan buat aku nak tergelak..

“Saya tau ramai yang tak puas hati sebab semua cerita saya berunsurkan kehidupan orang2 utara atau ‘mamak’..Tapi ini cerita saya, saya yang mengarah, so suka hati saya laa nak buat cerita macam mana pun..Dan perlu diingatkan, walaupun saya buat cerita2 macam ni, ramai jugak orang yang datang tengok cerita saya..Beratur panjang2 semata2 nak menonton cerita arahan saya..Betul tak??”

HELLO..!!!!! Yasmin ahmad pun buat cerita pasal kehidupan..Dan terang2 lagi memang aper yang terjadi dalam kehidupan kita..Bukan pasal satu kaum atau negeri jer..Dia masukkan kehidupan semua elemen / pelbagai bangsa dalam citer dia..Walaupun Yasmin ni still kekalkan Sharifah Amani tu sebagai precious actor dia, tak pulak aku tengok lakonan dia sama jer..Respek pada Yasmin Ahmad..!!! Pun ramai gak beratur dan penuh gak panggung yang tayangkan citer dia..

Kau ni memang kolot laa..Rakyat Malaysia dah takde pilihan lain nak tengok citer tempatan..Since ko jer yang buat citer, so ramai laa yang datang tengok..Cuba kalau Aziz M Osman buat citer, pun ramai gak orang datang tengok..Lagi best citer dia dari citer ko..

Lantak laa…

Bukan aku nak cakap yang aku ni taknak support Malaysian Film scene, tapi kalau asek buat cerita macam ni, sampai bile industri filem kita nak maju? Asek2 Cinta, Lawak Sepastik, Mamak dan yang sewaktu dengannyer..

Dan since majoriti rakyat malaysia terutama orang2 Melayu yang suka citer2 LAYU macam ni, aku takleh nak kata apa laa..Orang melayu ni pantang kena tegur..terus melenting tanpa berfikir terlebih dahulu..Tak betul apa aku kata?

Kalau korang tak puas hati ngan apa yang aku post, pasal si Mamak ke, pasal mentaliti orang melayu ke, pasal ape2 pun, jangan segan jangan silu nak post comment korang..Aku takkan delete or edit langsung..Aku terima segala comment korang ngan ikhlas..Cara aku senang jer..

NAK CAKAP BIAR DEPAN, CAKAP BELAKANG UNTUK ORANG BACUL JER..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Isnin, Oktober 29, 2007.

19 Respons to “Movie Review Cerita Arahan Prof.Madya A.Razak Mohaideen”

  1. Sorry kalau entri aku ni panjang sangat..tu pun aku dah edit tapi still panjang gak..Sorry guys..!!

  2. AKu rasa apek ada contract 10 tahun ler ngan mamak ni.. thats y ler memang kena amik dia belakon..! agaknyer le!

  3. sebab tu lah ‘prof’ razak tu tak penah menang apa-pa anugerah..

    satu: apa yang cuba diceritakan dalam cerita-cerita dia ni? aku tak faham! bukannya maksud aku cerita kena ada mesej dan moral, tak payah pun mesej dan moral, cuma buatlah cerita yang berbaloi ditonton. cerita pasal surirumah bergosip, pasal mimpi rumah hantu? erk. sori la.

    dua: setakat on camera, rakam, adik aku boleh buat filem. apa keseniannya? storyboard pun tunggang langgang.

    tiga: apek, kau dah tua, sedar la sikit, buruk nampak bekas penagih menari macam orang gila.

    er.. boleh ke komen panjang ni cik rizsya? kalau panjang sangat deletelah ya? sori..

  4. Setuju pun tak… tak setuju pun tak. I’m in between… sebab…

    Saya pn orang utara jugak (tapi bukan dr Penang). Saya tak rasa ketuk kepala tu adalah cara mendidik anak yg btol. Mmg masa tgk filem tu, saya tersangat tak setuju dan sakit hati melihat adegan ketuk2 kepala yg bg saya boleh memberi kesan / pengaruh buruk pd penonton.

    Saya akui yg saya sukakan filem komedi berbanding filem lain. Mgkn saya dr jenis yg tak suka kusutkan kepala otak bila menonton cerita maka, saya lebih cenderung utk menonton cerita berunsurkan komedi. Mgkn saya peminat Apek juga.. hahaha.. jgn marah!

    Lagi satu, kebanyakan cerita @ drama @ filem yg m’gunakan bahasa utara
    adalah hampeh! Lihat saja pelakon2nya yg bertutur dlm bhs utara.. keras je bunyinya. (mmg la sbb diorg tu bkn org utara.hehe) Mai blajaq dgn aku ni..! Dh tu, sebut pn tak btol.. ada perkataan yg diorg tak sebut dlm bhs utara pn.. Kalo nk buat drama guna bhs utara, guna la btol2.. jgn jahanamkan bhs kami~!!

    Filem terbaik bg saya ialah Pontianak Harum Sundal Malam. Mgkn bg sesetengah org, Jangan Pandang Belakang terbaik tapi PHSM satu2nya filem melayu yg setanding dgn filem2 seram dr luar. (Pendapat ini lahir dr org yg buta seni & x pernah mendalami ilmu seni filem spt saya. Sila maafkan segala kata2 saya berhubung filem ini)

    Akhir sekali, saya rasa saya spt tidak memberi komen yg tepat utk entri ini. Sorry~!! ehehe..
    MAJULAH BLOGGERS UTK NEGARA!😉

  5. Opss, komen sy lg panjang dr azrul~!! Maaf ye rizsya13…

  6. Hahahaha..sbb korang asek panggil aku rizsya better aku tukar nick aku..dah rasa cam pompaun pulak.. jap g aku reply comment korang k..Bizi giler banyak keja arini..

    Anyway, Thanks for ur comments guys..

  7. pompaun pulak…Pompuan…

  8. tu laa.. sape soh pilih nickname tu? kan ke org dh salah faham akan jantina kamu. huhu. ade yg siap panggil ‘cik’ lg. wakakaka.. jgn marah~!

  9. rizwan rupenye.. erk. ‘encik’ rizwan. heh.

  10. aku sokong kao, kao dan aku sejiwa dlm bab filem nih..

    ape kate kite unjurkan satu demonstrasi anti razak moheidden nih..

    aku on!!!

  11. kao dan aku same dlm bab2 dilem nih..aku benci si razak nih..

    errr…kite buat piket ramai2 anti razak..kamon!!

  12. Faerrin…

    Aku setuju sangat tu..!!!!!! aku nak buat banner “Blogger benci Mamak Mohaideen..!!!” tak pun kita bakar vcd / dvd citer dia..baru best..!!Hehehehe tapi faerrin, bile kita nak start?

    Azrul,

    takyah laa nak ber’encik’2 ngan aku..ntah2 aku lagi muda dari ko..hahahah

    Suefami,

    Aper citer transit ke tempat kerja baru? Best tak?

    Ixora,

    Ko rupe2nye orang utara ke..Laaa awat tak habaq..chewaahhh..aku pulak tak malu tetiba nak jadik orang utara..

  13. yeahhhh…aku rase tanggal 31 ogos tahun depan, bertempat di dataran merdeka, kita bole bagitahu dunia betapa bencinye kite dgn razak nih..

    mari..kite hebohkan..setuju???

  14. huhu, tak dok ko filem melayu ho kecek kelate? heheh…😉

  15. Hahahaha…Kalau ade kecek kelate sure lagi best..!!! muakakaka

  16. ni filem2 bagus la…kmu smua yg x tau nilai dia….bagi pendapat saya……..orang yg xda moral dia yang suka kutuk pasal orang lean……

  17. apek ada anak la siap sebijik cam muka dia lagi.. haha pe daa

    x pe la cita orang utara pun apa salahnya, dah slalu cita2 lam tv, drama, cekerarama suma x guna bahasa utara ada k orang bising. nanti2 kuaqla bahasa klate, tranung, nogori tapi tunggula prof ni boring wat cita utara lu. haha
    well pendekatan dia humor, janganla amik kisah sgt..

  18. bodohnya kamu. tulis macam org tak ada otak. berbaur perkauman. prof madya razak sibuk buat filem dan didik anak bangsa, engkau sibuk kutuk orang. itu dan jelas engkau memang tak ada moral, ilmu dan tak beradap.

  19. Sedih melihat anak melayu buang masa mengutuk orang yang sudah berjaya. Mamak tu dah berjaya, dah jadi prof, engkau tu kalau hasad dengki sampai bila pun tak akan berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: