Bank Negara Malaysia, Cek Dan Aku..

•Jumaat, Jun 6, 2008 • 7 Komen

Mungkin ramai antara korang yang tau pasal cek tapi tak pernah pakai, atau tak pernah dapat, atau kedua2nya sekali..

Tapi pada korang yang tau, sekarang ni Bank Negara Malaysia nak pakai sistem baru supaya penjelasan cek dapat dipercepatkan kepada satu hari clearing.. Biasanya kalau korang deposit cek, amik masa 3 hari baru korang dapat duit kan? Tapi skang kebanyakkan bank dapat clearkan cek 1 hari je..

Tapi… Agak2 korang.. Boleh ke dapat duit tu dalam 1 hari?

BOLEH BLAHHH…!!!!

Kenapa aku cakap camtu? sebab kepada sesape2 yang ada akaun Maybank, RHB, CitiBank dan Bank Islam, cek2 korang semua aku yang proses kan.. Tu laa keja aku..

Dan aku secara terang2 nak bagitau korang, Apa yang Bank Negara tu tulis dalam surat khabar lama tu tak betul.. Mana boleh korang nak dapat duit dalam masa 1 hari je? Kalau korang deposit cek tu pukul 2.30 petang kat Maybank, korang boleh dapat duit malam tu jugak? Paling kurang pon korang dapat duit tu esok malam pukul 12.01 tgh malam.. Maknanya, kalau korang deposit cek ari Isnin, korang dapat duit hari Rabu.. So, tu kira satu hari ke? Hmmm….

Anyway, saje je aku nak membuang masa menulis kat sini.. Lama sangat aku tak spend time kat blog aku ni.. Rindu plak kat kawan2 aku dalam ni..

Ohh.. To IXORA, Happy Belated Birthday..

Minyak Oh Minyak..

•Khamis, Jun 5, 2008 • 6 Komen

“Berita Terkini..”

“Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa bekuatkuasa pada tengah malam ini, 5 haribulan Jun, harga pertrol akan naik kepada rm0.78 sen..”

Aku tengah driving masa dengar berita dari siaran radio, dan nyaris2 aku nak langgar kereta depan sebab terkejut..( Ohh.. aku cuti semalam sebab stress..!! ) terus aku membelok ke stesen minyak berdekatan konon2 nak isi minyak laa.. Tapi tak jadi sebab stesen minyak PENUH..!!!

“Hmm.. Ape nak buat.. Isi laa malam karang..”

Dalam perjalanan pulang, aku terpikir.. “Kenapa harga minyak naik teruk sangat? Ape dah jadi?”

Tiba2 otak aku bersuara…

Otak – “Boss, rasanya minyak naik sebab Amerika yang control pengeluaran minyak kot.. ”

Aku – “Ehh…Amerika mana ada minyak?

Otak – “Cuba boss pikir balik.. Kenapa Amerika serang Iraq? Sebab dia nak amik minyak diorang laa.. Ape laa boss ni..”

Aku – “Eh eh.. ko marah aku ek otak? Hmm.. tapi betul gak ek? Camne diorang control minyak tu?” Aku bertanya kat otak aku sendiri..

Otak – “Haaa.. tu laa boss tak tau..Amerika dapat Crude oil tu, pastu dia simpan satu tempat, underground supaya saper pon tak tau.. Pastu dia keluarkan sikit2.. Camtu boleh laa dia main harga minyak.. Bagi alasan sikit, dapat naikkan harga minyak..PAHAM?”

Aku – “Hmm.. logik gak.. memang sial laa Amerika tu..Tapi kalau harga minyak naik, takkan kerajaan kita tak boleh nak buat ape2 plak?”

Otak – “Haa.. tu saya tak tau.. Patutnya kerajaan kita kena naikkan harga subsidi diorang tu, KALAU ADA LAAA…Tapi diorang bagi alasan banyak peruntukan dibuat pada JalanRaya laaa, tu laa ni laaa.. Padahal jalan kat Malaysia ni macam setan.. Ape peruntukkan namanya tu??”

Aku – “Haa..Tu laaa ko tak tau.. KERAjaan kita kan bagus dalam bab2 bagi alasan.. Biasa laa..”

Otak – “Ehh.. Boss taknak isi minyak ke?”

Aku – “Ahhhh…Malas laaa… Esok kita pergi kerja NAIK BASIKAL..!!”

Ape tindakan kerajaan bila harga petrol naik? Kenapa tak tambah subsidi? Kenapa tak ‘CUT COST’ projek lain dan duit tu pakai untuk subsidi minyak? Aku rasa sekarang ni KERAjaan dah makin teruk laaa..

Dan tak disangsikan kalau satu hari nanti, rakyat akan membentak kerajaan dan memilih parti alternative untuk mengepalai kerajaan.. Ntah laa..

Jangan satu hari nanti ada orang kena tembak sudah…

Oh Kerja.. Sialkah Engkau Atau Pekerja Itu Yang Sial?

•Selasa, Mei 27, 2008 • 6 Komen

Sape kat sini yang dah bekerja?  Kepada anda yang suka dan sayang akan pekerjaan yang anda buat, tahniah diucapkan…

Ok.. Sekarang, saper yang tak suka atau kurang berminat dengan kerja anda? Aku yakin ramai gila yang tak suka akan pekerjaan yang korang buat tu.. Dan salah seorangnya adalah aku…

Kisah bermula pada tahun 1997 bersamaan 1 oktober ( Hong Kong join balik ngan China ) dimana aku memulakan hidup sebagai seorang kerani bank di Menara Maybank. Masa tu dalam otak tak pikir ape dah.. Janji dapat duit.. Dan memang masa tu, gaji permulaan aku hanya RM 724 sahaja.. Tapi time tu PETROL TAK NAIK, BERAS TEPUNG SUMER TAK MAHAL LAGI..Lagipun aku tinggal ngan parents aku, so duit bukan masalah besar..

Beberapa bulan lepas tu, aku mula kerja shift ( kalau kerja shift, dapat allowance banyak giler..!! ) campur OT skali, aku senang2 dapat dalam RM 1,500 sebulan..WOW..!! PAKCIK KAYOO..!!!

Oppsss.. ni bukan laa point aku sebenarnya nak tulis post ni.. Point yang sebenarnya ialah..

Setelah 6 tahun aku bekerja keras dengan Maybank, aku ditarik untuk mengepalai satu projek dimana Maybank telah meng’outsource’kan department aku, iaitu pemprosesan cek, kepada satu company lain. yang tak paham, maknanya, Maybank serahkan cek2 dari customer untuk company aku ni proseskan. Dan company ni akan charge certain amount untuk satu cek yang diproses. Pada ketika ini, tanggal 1 April 2003, bermulalah hidup aku sebagai Ketua Bahagian di company baru ni..

Untuk tahun yang pertama dan kedua, aku happy gila kerja kat situ. Tahun ketiga, kerja dah berlambak dan cara pemprosesan cek diimprovekan, dan pada tahun keempat dan kelima, bermulalah hidup aku sebagai seorang yang menyampah gila dengan kerja aku.. Nak tau kenapa? SEBAB MANAGEMENT MACAM SIAL..!!!!

Company ni adalah company dari U.S, tapi untuk Malaysia, ianya diketuai oleh seorang yang berbangsa Chap Ya Nun.. So macam biasa laa.. Satu perangai yang aku tau dari diorang ni, BILA DIA PERLUKAN KITA, DIA BUAT BAIK, BILA DIA TAKNAK, DIORANG LAYAN BANGSA KITA MACAM SIAL..!!!

DAN YANG PALING BEST, SEMUA CREDIT ( KEPUJIAN ) DAPAT KAT DIORANG, TAPI YANG BUAT KERJA MACAM SETAN, AKU..!!

Kalau nak diceritakan kat sini, memang panjang lebar.. Satu hari pon tak abis aku nak menaip.. Cuma aku nak terangkan kat sini, kalau korang nak carik kerja, carik kerja yang korang betul2 minat, betul2 suka.. Jangan sebab terdesak, and nak dapat duit, korang buat je kerja tu.. Tapi kalau dah terpaksa, itu hak korang laa..

Bukan aku nak kata Chap Ya Nun ni tak elok, kita pon ada masalah antara bangsa kita sendiri, tapi takde kemuafakatan antara kita dan mereka.. Sape yang malu? Mereka dan keluarga mereka..

Assalammualaikum..

Sekarang ni ada kes Pukau lagi ke?

•Sabtu, Mac 29, 2008 • 4 Komen

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas, pukul 12.30 tengahari, orang umah aku call bagitau yang dia ngantok sangat.. Aku pelik laa kenapa tengah2 panas buta dia boleh ngantok.. Tapi aku tak amik pusing sangat..

Pukul 1.30 pm, aku call nak kejutkan dia suruh bangun solat.. Tapi tak dapat.. Macam HP kena off.. Aku call umah takde saper jawap.. Aku pelik tapi mungkin dia tak dengar bunyik telefon sebab dia suka tido dalam bilik tetamu kat bawah.. Tapi takkan orang gaji dia pun tak dengar?? Hmmm pelik…

Pukul 2 pm, aku call lagi..Tapi still tak dapat and telefon rumah takde saper jawab.. Hmmm lagi pelik…

Pukul 2.30 pm, call lagi tapi still sama… Takde jawapan..Nothing..

Pukul 3 pm, call lagi tapi hampa.. Aku dah fedup terus pack barang2, bagitau kat staff aku ada emergency case.. Aku risau pulak sebab takut kalau jadi pape kat org umah aku tu.. Terus start keta, vrooommm bawak macam org gila.. Nasib aku tak eksiden..

Dalam hati aku doa kat Tuhan jangan laa jadi apa2 kat dia.. Aku dah risau takut any bad thing happen to her..

Sampai je kat umah mertua aku, aku tengok main door terbukak.. “Aikk? Kalau ada orang kenapa aku call tak jawap??” Aku masuk terus pegi bilik tetamu sebab org umah aku mesti tido kat situ.. Aku ketuk, Takde jawapan.. Aku bukak pintu bilik, tak berkunci.. Aku masuk.. Dan didalam bilik itu, bukan org umah aku je tengah tido.. DENGAN MAK DIA DENGAN ORANG GAJI DIA SEKALI TENGAH TIDO..!!

Aku bersyukur sebab takde pape terjadi kat mereka.. Takut woo..

Aku kejutkan dia.. Dia bangun terkebil2 dan terkejut sebab aku ada kat situ.. Dia tanya “Pukul berapa ni? Dah malam ke?”

Aku cakap “Pukul 3.30..” “Haaa?? 3.30 pagi ke??” org umah aku terkejut..

Aku pun cerita laa kenapa aku balik petang tu.. Aku call handphone tak dapat, call rumah takde saper jawap.. Aku risau..

“handphone org ter’off’ kot..” jawap org umah aku sambil mencari2 handphone nya.. Tapi peliknya.. HP DIA DAH TAKDE..!!

Sudah.. Mana pulak hp dia ni.. kitorang pon selongkar bilik tu habis katil semua diterbalikkan.. Pun tak jumpa.. Org umah aku kalau tido HP mesti letak sebelah.. Takkan letak tempat lain.. Tapi hari tu, HP dia hilang macam tu jer..

Nak dekat sejam carik.. Tak jugak jumpa.. Aku dah pelik.. Tetiba, mak mertua aku turun bawah dalam keadaan panik bagitau duit dia dalam handbag hilang.. Yang buat aku lagi pelik, mertua aku tido sebelah handbag dia.. Tapi still duit hilang..

Sah..!!! Memang ada pencurik masuk rumah..!!! Kurang asam betul..!!! Kalau aku jumpa pencurik tu, kompem aku…….

Bila aku teliti balik kes ni, org umah aku tido HP kat sebelah.. Mertua aku tido handbag pon kat sebelah.. Takkan pencuri tu berani nak masuk bilik tu dan curik barang2 tu??

SAH..!!!! Org umah aku ngan mertua aku semua sekali kena PUKAU..!! Itu pasal laa diorang tetiba ngantok.. Rupanya dah kena Pukau.. Haduss… Memang sial laa benda2 pukau ni..

Kitorang buat report polis.. Dan macam biasa, tiada tindakan diambil sehingga hari ini.. Pening aku..

Tapi ape2 pun, aku bersyukur sebab takde apa2 terjadi kat diorang masa pencurik tu masuk..

Kawan2 sekalian, berjaga2 laa.. Jangan ingat benda2 pukau ni dah tak wujud.. Baru 2 hari lepas keluarga aku dah terkena..

* Dalam HP tu ada gambar kitorang ngan Tun Mahathir.. Sayang tak sempat nak cuci.. Huhuhuhu.. Sian dia.. Dah laa Tun tu idola dia..

Gambar Lucah Ida Nerina? Edison Chen?

•Jumaat, Februari 22, 2008 • 6 Komen

Sekarang ni tengah top pasal gambar lucah 2 artis berbeza bangsa ni.. Kalau aku kat opis, kelompok Melayu dok sibuk cakap pasal Video Lucah Ida Nerina tu, Kalau lepak ngan kelompok dok sibuk citer pasal Edison Chen.. APA NI? TAKDAK CITER LAIN KE?

Kalau nak diikutkan, video lucah “yang orang dok kata Ida Nerina” tu aku dah lama ada.. Dan aku boleh kompemkan yang pompuan dalam video tu BUKAN IDA NERINA.. Serius bukan dia.. Tapi tu pendapat aku.. Bukan aku nak cakap sebab dia kawan aku ke sedara aku ke..Tapi sebab aku tau sangat muka Ida Nerina tu berbeza sungguh ngan pompuan dalam video tu.. Tapi aku tak expect korang percaya cakap aku bulat2.. Tu lantak korang laa.. Aku ada pendapat aku sendiri..

Pasal Edison Chen tu, Hehehehehe memang buat aku gelak.. Aku ada baca satu blog Jepun ni cakap “Tiny Weeny, Pee Wee so small.. How could that girl can satisfied?” Aku gelak macam orang gila.. Kesian pon ada gak.. Ye laa.. Dah laa ‘kecik’ pastu sumer orang tau.. Muakakaka

Dah laa tu..Cukup2 laa pasal benda2 lucah ni.. Korang ni takde keja lain ke?

Ok.. Aku skarang taknak citer pasal buat duit dah.. Aku dah establish, so aku dok diam je.. Aku nak start balik blog sampah aku (macam ada setengah orang labelkan..)

Sekarang semua bangsa di Malaysia ni tengah sibuk ngan Pilihanraya akan datang.. Korang pegi mengundi tak? Terus terang aku cakap, AKU TAK PERNAH MENGUNDI SEPANJANG HIDUP AKU..!!! Korang nak cakap aku tak jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia, cakap laa.. Tapi cuba korang pikir balik.. Korang mengundi sebab ikhlas atau atas sebab2 tertentu? Lagi satu, korang rasa ADIL ke sistem pilihanraya kita? 2 benda jer korang pikir laa..

Semalam member aku ajak aku mengundi.. Aku typekan perbualan kitorang kat sini k..

Dia : Wan, ko pegi mengundi tak?

Aku : Tak..Kenapa?

Dia : Apa laa ko ni.. Tak bersifat tanggung jawap langsung kat Negara..Cuba2 laa pegi mengundi..

Aku : Elehh…Ko cakap aku.. Ko pegi mengundi tak?

Dia : Tengok orang laa.. Aku mesti laa mengundi..

Aku : Ko undi kat mana?

Dia : Kat Kedah

Aku : Eh? Apsal jauh sangat?

Dia : Sebab kalau aku undi kat sana, AKU DAPAT RM 500..!!!

Aku : Laaaa…Bukan laa ko ikhlas nak mengundi, SEBAB DAPAT DUIT JER BARU KO SIBUK NAK MENGUNDI..!!!

Dia : Hehehehehe rilek laa Wan…

Tu dia… Sebab dapat duit je? Aku tanya sorang lagi member aku, dia cakap dia mengundi kat East Coast sana, sebab dapat RM 200..!!! Berbaloi ke dengan duit minyak lagi, dengan masa lagi.. Pastu mintak cuti kat aku semata2 nak pergi jauh2..!! Padahal, IC KL.. Hmmm Pelik Pelik..

Tu laa dia.. Bukan aku nak cakap sebelah pihak jer buat taik.. Semuanya TAIK bila sampai bab pilihanraya.. Ada ke pakai DUIT nak suruh orang mengundi? Korang rasa ADIL ke tu?

Ape2 pun, aku tetap ngan pendirian aku.. AKU TAKNAK MENGUNDI..!!! Lantak laa korang nak cakap apa pon.. Aku ada sebab aku sendiri..Aku cakap benda betul..Bukan tipu..

Alasan..!! You Can Go To Hell..!!!

•Selasa, Februari 12, 2008 • 11 Komen

Manusia ni penuh dengan alasan.. Tak pernah aku jumpe manusia sekarang ni yang langsung takde alasan.. Kalau dalam sehari, ada je bermacam2 jenis alasan yang aku dengar.. Dan kadang2, ada alasan yang langsung tak munasabah..!!

Kalau korang buat kerja sampingan yang macam aku buat sekarang ni (Uptrenders) korang akanberjumpa dengan manusia yang penuh dengan alasan.. Antara alasan yang top..

– Aku takde duit

– Aku takde masa

– Aku dah masak dengan bisnes2 camni

– Aku tak pandai nak bercakap / nak convince kan orang

Bagi aku, semua alasan ni BULLSHIT..!!! Kalau korang taknak, cakap TAKNAK..!! Kan senang…Biar aku terangkan macam mana nak tangkis alasan2 ni..

AKU TAKDE DUIT

Kalau korang cakap takde duit, aku paham..Semua ada masalah ngan duit..Tapi sebab tu aku jumpa korang, SEBAB NAK TUNJUK JALAN BUAT DUIT..!!

Lagi satu, kalau aku cakap “SESAPE NAK BELI KERETA BMW 5 SERIES AKU YANG BERHARGA RM 290,000.00 NI DENGAN HARGA RM 3,268.00 CASH, KORANG NAK TAK??” Aku gerenti sampai ke lubang cacing pon korang carik duit sana, pinjam kat kawan sini, semuanya sebab nak kereta Bimmer aku.. Setuju tak ngan ape yang aku cakap?

Inilah manusia.. Dah tunjuk jalan yang senang, cakap susah, bile aku nak jual kereta aku tu murah, mencicit korang carik duit..PIGIRAHHH..!!!

AKU TAKDE MASA

Tuhan itu adil.. Dia bagi semua manusia dengan masa 24 jam. Kita kerja, 8 jam..Tido 7 jam.. so kita ada balance 9 jam.. Bole bagitau aku ape korang buat dalam masa 9 jam tu? Korek Hidung? Main masak-masak? Aku pon kerja.. Aku pon tido.. Kenapa dalam masa SEMINGGU aku dah boleh dapat 8 orang? SEMINGGU bukan SEBULAN..

Bisnes ni hanya memerlukan 3 jam paling kurang sehari untuk buat duit.. Yang lain, boleh spend ngan famili.. Aku masa bekerja pon buat bisnes ni.. Sebab aku jumpe ramai manusia sehari, bermacam2 yang aku tak kenal.. So ape beza?

Lagi dua alasan tu nanti aku sambung..

Aku bukan suruh korang kerja angkat batu kat construction tu, aku bagi kerja paling mudah sekali..Tu pun korang susah sangat nak buat ke?

Memang manusia ni ada bermacam2 jenis.. Kadang2 bidang bisnes ni bukan line diorang.. Tapi bagi aku, kita semua ada satu MAKLAMAT.. iaitu CARI DUIT..!!!

Aku dah ada jalan, kenapa korang taknak lalu?

Bloggers, Mari Buat Duit Banyak2..!!

•Ahad, Februari 10, 2008 • 2 Komen

Haa..!!! Kan aku dah cakap.. kalau sebelum ni korang dah baca kenapa aku cakap kebanyakan bisnes yang mungkin kita terpikir nak buat, selalu mampus di tengah jalan..

Kenapa? Semuanya disebabkan ALASAN..!!!

ALASAN PALING TOP DALAM HIDUP KORANG

– TAKDE MODAL NAK PUSING BUAT BISNES

– TAKDE MASA

– TAKDE KEYAKINAN

– TAKDE IDEA / TAK TAU CAMNE NAK BUAT

– TAKDE SESAPE NAK TOLONG

Cukup laa alasan2 yg aku list kan.. Dan aku berani cakap, ORANG YANG PENUH DENGAN ALASAN ORANG YANG TAK AKAN BERJAYA LANGSUNG..!! LOSER….!!!!

Kalau korang dah baca post aku kat bawah ni, korang setuju tak ngan ape yg aku cakapkan?

Ok.. Kita mula borak pasal satu bisnes yang bagi aku, memang kompem menjadi, SAH DISISI AGAMA DAN NEGARA, boleh buat duit banyak gile dan beli laa ape2 yang korang nak atau bayar hutang dengan duit yang korang dapat tu..

TAPI SATU JE AKU MINTAK..KORANG KENA BERUSAHA, SEBAB TANPA USAHA, TUHAN PUN TAK SUKA, DAN JANGAN HARAP KORANG AKAN DAPAT REZEKI TANPA USAHA..!!!

OK..JOM START BUAT DUIT DENGAN UPTREND NETWORK

Aku tau, bile korang baca je UPTREND, dalam otak korang mesti pikir SKIM CEPAT KAYA LAAA, SKIM PIRAMID LAA dan macam2 lagi laa.. Pastu mesti pikir “Betul ke? Boleh percaya ke? Sah ke di sisi agama dan negara? Kerajaan approve ke?”

Bagi sesape yang terpikir pasal benda2 mengarut camni, sila buat rujukan dulu.. Kalau betul benda ni tipu, cakap kat aku, tengok betul ke tak statement yang korang buat tu..!!!

Uptrend adalah satu Company yang establish dengan kukuh, diiktiraf oleh kerajaan, Mendapat Kepercayaan BANK DI MALAYSIA (Korang tak percaya, janji bank percaya, sudahhh..) dan juga mempunyai pendapatan berjuta2 sehari, dimana semuanya dari pendapatan yang HALAL dan sah di sisi Undang-Undang Negara..

Aku suka dengan konsep Uptrend Network E Dagang dimana mereka mengutamakan konsep 3S

– NO SELLING

– NO STOCK

– NO SERVICE

Bagi aku, nak buat Selling, memang aku malas.. Dan kalau nak simpan Stock2 yang aku kena jual, memang takde tempat.. Dan dengan sistem E Dagang ni, aku tak payah nak pikir tentang Service.

Tapi, dengan usaha yang gigih, tanpa memikirkan ketiga2 ASS Oppss Salah.. Ketiga2 S tu, aku boleh menjana duit ke dalam akaun aku..!!! Saper taknak duit, encik blogger2 oii??

Aku pun mula2 terpikir “Boleh jalan ke bisnes ni? Aku takyah jual barang pun..” Tapi bile aku buat research, tanya pakar2 dalam bidang ni, baru aku tau konsep dan sistemnya.. Dan aku dengan SELAMBANYA menjadi salah seorang member Uptrend Network.. Kenapa aku join? Sebab aku YAKIN, bisnes ni memang boleh menjadi..

Memang kena ada usaha, dan dengan usaha, aku boleh dapat banyak duit.. Aku berubah dari seorang pemalas (dalam bidang ini), menjadi seorang yang paling rajin dalam hidup aku..!! Dan memang diiktiraf, dengan usaha aku, Alhamdulillah, aku dilimpahi rezeki olehNya..

Tapi kepada pemalas2 kat luar sana tu, KALAU TAKNAK UBAH PERANGAI, SAMPAI KE TUA LAA KORANG HIDUP DALAM KESUSAHAN..!!!

Kepada sesape nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tinggalkan komen.. Atau korang boleh SMS ‘JUTARIA’ kat nombor 012 – 3 5 3 6 2 4 3 atau email aku kat rizsya13 [at] gmail [dot] com

Aku bukan ajak korang buat benda jahat.. Aku nak tolong korang.. Salah ke?