Minyak Oh Minyak..

“Berita Terkini..”

“Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa bekuatkuasa pada tengah malam ini, 5 haribulan Jun, harga pertrol akan naik kepada rm0.78 sen..”

Aku tengah driving masa dengar berita dari siaran radio, dan nyaris2 aku nak langgar kereta depan sebab terkejut..( Ohh.. aku cuti semalam sebab stress..!! ) terus aku membelok ke stesen minyak berdekatan konon2 nak isi minyak laa.. Tapi tak jadi sebab stesen minyak PENUH..!!!

“Hmm.. Ape nak buat.. Isi laa malam karang..”

Dalam perjalanan pulang, aku terpikir.. “Kenapa harga minyak naik teruk sangat? Ape dah jadi?”

Tiba2 otak aku bersuara…

Otak – “Boss, rasanya minyak naik sebab Amerika yang control pengeluaran minyak kot.. ”

Aku – “Ehh…Amerika mana ada minyak?

Otak – “Cuba boss pikir balik.. Kenapa Amerika serang Iraq? Sebab dia nak amik minyak diorang laa.. Ape laa boss ni..”

Aku – “Eh eh.. ko marah aku ek otak? Hmm.. tapi betul gak ek? Camne diorang control minyak tu?” Aku bertanya kat otak aku sendiri..

Otak – “Haaa.. tu laa boss tak tau..Amerika dapat Crude oil tu, pastu dia simpan satu tempat, underground supaya saper pon tak tau.. Pastu dia keluarkan sikit2.. Camtu boleh laa dia main harga minyak.. Bagi alasan sikit, dapat naikkan harga minyak..PAHAM?”

Aku – “Hmm.. logik gak.. memang sial laa Amerika tu..Tapi kalau harga minyak naik, takkan kerajaan kita tak boleh nak buat ape2 plak?”

Otak – “Haa.. tu saya tak tau.. Patutnya kerajaan kita kena naikkan harga subsidi diorang tu, KALAU ADA LAAA…Tapi diorang bagi alasan banyak peruntukan dibuat pada JalanRaya laaa, tu laa ni laaa.. Padahal jalan kat Malaysia ni macam setan.. Ape peruntukkan namanya tu??”

Aku – “Haa..Tu laaa ko tak tau.. KERAjaan kita kan bagus dalam bab2 bagi alasan.. Biasa laa..”

Otak – “Ehh.. Boss taknak isi minyak ke?”

Aku – “Ahhhh…Malas laaa… Esok kita pergi kerja NAIK BASIKAL..!!”

Ape tindakan kerajaan bila harga petrol naik? Kenapa tak tambah subsidi? Kenapa tak ‘CUT COST’ projek lain dan duit tu pakai untuk subsidi minyak? Aku rasa sekarang ni KERAjaan dah makin teruk laaa..

Dan tak disangsikan kalau satu hari nanti, rakyat akan membentak kerajaan dan memilih parti alternative untuk mengepalai kerajaan.. Ntah laa..

Jangan satu hari nanti ada orang kena tembak sudah…

~ oleh Rizwan di Khamis, Jun 5, 2008.

6 Respons to “Minyak Oh Minyak..”

  1. hmm,kalau tiket bas naik harga pasni, balik kg setahun sekali je la. huhu

  2. kirim salam kat otak ye..

  3. Ixora – pasni ko duduk kampong je.. kompem takyah beli tiket bas..

    Detektiv – Dah.. Dia dah jawap salam ko…

  4. rasa nak pitam pikir pasal harga minyak naik.. nak sekat belanja yang lain dah tentu-tentu selama ni memamg dah sekat.. cekik dibuat nya..😦

    Naik beskal? free je kene langgor dek lori..

  5. bagus betul otak ko boleh buat batu cincin..batu nisan pun kira ok gak..

  6. kepala otak ngko
    kalau nak jimat pakai ngv
    apa punya melayu naik basikal
    bangla,indon dll warga asing mampu naik teksi
    korang malas kerja tak pandai rebut peluang
    warga asing minima hantar rm kat kg rm500
    korang melayu susah la nak kirim rm100 pun liat
    kadang malu juga nengok bangsa sendiri
    bangga kerja kat kedai mknan segera.ha ha ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: