Ning Baizura ‘Sumbang’kan lagu Negaraku?

“Assalammualaikum”

Tentu ramai yang dah baca pasal penyanyi yang bersuara lemak berkrim disukai ramai iaitu Ning Baizura dicemuh kerana menyanyi lagu ‘Negaraku’ dalam versi sendiri pada malam perlawanan bolasepak diantara MyTeam & Indonesia pada minggu lepas kan? Kalau tak tau, mulai esok rajin2 laa baca surat khabar k..

ning1.jpg

Ini yang aku nak bercerita sikit..

Ramai laa rakyat Malaysia ni yang masih dok mengata / bercerita pasal si Ning ni men’sumbang’kan lagu kebangsaan walaupun penyanyi ni dah bagi komen….

“Saya hanya menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat dan hanya menggunakan ‘octave’ pada penghujung lagu Negaraku itu. Tak terniat langsung untuk mengubah atau merosakkan lagu kebangsaan kita”

Pertama sekali, cuba tanya kat diri sendiri..

“Apa itu octave?”

“Macam mana nada octave tu?”

Kepada sesiapa yang tau aper itu octave, bagus..Anda tahu pasal muzik..

Kepada sesiapa yang tak tau, octave tu bermaksud “menyanyikan suatu nada dari nada rendah kepada nada tinggi tetapi dalam key yang sama”

Paham tak murid2 sekalian? Tak paham gak? Ok cikgu paste kan info dari Wikipedia ok..??

“After the unison, the octave is the simplest interval in music. The human ear tends to hear both notes as being essentially “the same”. For this reason, notes an octave apart are given the same note name in the Western system of music notation—the name of a note an octave above A is also A. This is called octave equivalency, and is closely related to harmonics.”

Haa..sekarang murid2 dah paham ye? Bagus…

Pendapat aku, tak salah kalau Ning nak nyanyi macam tu..Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnyer..

– Apa salahnyer dia nak nyanyi dengan nada ‘octave’ untuk lagu kebagsaan kita? Kalau nak dipikirkan, kenapa tak cakap budak2 sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku kat sekolah tiap2 hari isnin tu sumbang? Cuba pegi satu sekolah dan dengar macam mane diorang nyanyi.. Lagi teruk..!!

– ‘Octave’ tu bukan menukarkan nada harmoni lagu tu..Cuma me’ninggi’kan nada lagu tu dari nada rendah kepada nada tinggi..

– Sepatutnya lagu kebangsaan kita dalam nada gembira bukan nada rendah / sedih, bermaksud kalau ‘octave’ kan lagu tu, perasaan gembira menusuk ke kalbu..<— cheewahhh…

Ape ape pun, aku sokong ape yang Ning Baizura nyanyikan malam tu..Bagi aku, takde salah langsung kalau nak menyanyi dengan ‘feel’ macam tu..

Dan kalau boleh, aku lagi suka kalau lagu tu dinyanyikan dalam nada macam tu..Happy sket..

Dan kepada sesape yang asek nak mengutuk atau marah dengan cara Ning tu nyanyi, pegi kelas muzik, belajar macam mane nak menyanyi & belajar apa itu ‘octave’..

Bukan aku nak ‘kipas’ ning, bukan aku dapat duit pun.. Cuma memberi pendapat..

“Bukak otak tu sikit..Jangan nak cari kesalahan orang lain je..”

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Khamis, Oktober 25, 2007.

3 Respons to “Ning Baizura ‘Sumbang’kan lagu Negaraku?”

  1. skandal Negarakuku… Al kisah budak China m’rapperkan lagu kebangsaan…

    Sekarang penggunaan ‘octave’ oleh Ning (my favorite) pon nak soksek nols!

    memang giler negara iniew! <— tadok keja!

  2. Biasa laa..

    Media kita n kerajaan kita ni takdok keja..

    So benda2 macam ni pon nak kecoh satu kampung..

    Hahahaha..Thanks Anouu (mak aihh panjang tul nama ko.. aku pendekkan jangan marah ek…) for your comment..!!

  3. dah pun melayu suka mencari salah orang lain,yang rosak pun banyak anak2 orang melayu,sedikit salah penyampaian menyanyi pun sure heboh punya,kecoh lebih.sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: