Sekarang ni ada kes Pukau lagi ke?

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas, pukul 12.30 tengahari, orang umah aku call bagitau yang dia ngantok sangat.. Aku pelik laa kenapa tengah2 panas buta dia boleh ngantok.. Tapi aku tak amik pusing sangat..

Pukul 1.30 pm, aku call nak kejutkan dia suruh bangun solat.. Tapi tak dapat.. Macam HP kena off.. Aku call umah takde saper jawap.. Aku pelik tapi mungkin dia tak dengar bunyik telefon sebab dia suka tido dalam bilik tetamu kat bawah.. Tapi takkan orang gaji dia pun tak dengar?? Hmmm pelik…

Pukul 2 pm, aku call lagi..Tapi still tak dapat and telefon rumah takde saper jawab.. Hmmm lagi pelik…

Pukul 2.30 pm, call lagi tapi still sama… Takde jawapan..Nothing..

Pukul 3 pm, call lagi tapi hampa.. Aku dah fedup terus pack barang2, bagitau kat staff aku ada emergency case.. Aku risau pulak sebab takut kalau jadi pape kat org umah aku tu.. Terus start keta, vrooommm bawak macam org gila.. Nasib aku tak eksiden..

Dalam hati aku doa kat Tuhan jangan laa jadi apa2 kat dia.. Aku dah risau takut any bad thing happen to her..

Sampai je kat umah mertua aku, aku tengok main door terbukak.. “Aikk? Kalau ada orang kenapa aku call tak jawap??” Aku masuk terus pegi bilik tetamu sebab org umah aku mesti tido kat situ.. Aku ketuk, Takde jawapan.. Aku bukak pintu bilik, tak berkunci.. Aku masuk.. Dan didalam bilik itu, bukan org umah aku je tengah tido.. DENGAN MAK DIA DENGAN ORANG GAJI DIA SEKALI TENGAH TIDO..!!

Aku bersyukur sebab takde pape terjadi kat mereka.. Takut woo..

Aku kejutkan dia.. Dia bangun terkebil2 dan terkejut sebab aku ada kat situ.. Dia tanya “Pukul berapa ni? Dah malam ke?”

Aku cakap “Pukul 3.30..” “Haaa?? 3.30 pagi ke??” org umah aku terkejut..

Aku pun cerita laa kenapa aku balik petang tu.. Aku call handphone tak dapat, call rumah takde saper jawap.. Aku risau..

“handphone org ter’off’ kot..” jawap org umah aku sambil mencari2 handphone nya.. Tapi peliknya.. HP DIA DAH TAKDE..!!

Sudah.. Mana pulak hp dia ni.. kitorang pon selongkar bilik tu habis katil semua diterbalikkan.. Pun tak jumpa.. Org umah aku kalau tido HP mesti letak sebelah.. Takkan letak tempat lain.. Tapi hari tu, HP dia hilang macam tu jer..

Nak dekat sejam carik.. Tak jugak jumpa.. Aku dah pelik.. Tetiba, mak mertua aku turun bawah dalam keadaan panik bagitau duit dia dalam handbag hilang.. Yang buat aku lagi pelik, mertua aku tido sebelah handbag dia.. Tapi still duit hilang..

Sah..!!! Memang ada pencurik masuk rumah..!!! Kurang asam betul..!!! Kalau aku jumpa pencurik tu, kompem aku…….

Bila aku teliti balik kes ni, org umah aku tido HP kat sebelah.. Mertua aku tido handbag pon kat sebelah.. Takkan pencuri tu berani nak masuk bilik tu dan curik barang2 tu??

SAH..!!!! Org umah aku ngan mertua aku semua sekali kena PUKAU..!! Itu pasal laa diorang tetiba ngantok.. Rupanya dah kena Pukau.. Haduss… Memang sial laa benda2 pukau ni..

Kitorang buat report polis.. Dan macam biasa, tiada tindakan diambil sehingga hari ini.. Pening aku..

Tapi ape2 pun, aku bersyukur sebab takde apa2 terjadi kat diorang masa pencurik tu masuk..

Kawan2 sekalian, berjaga2 laa.. Jangan ingat benda2 pukau ni dah tak wujud.. Baru 2 hari lepas keluarga aku dah terkena..

* Dalam HP tu ada gambar kitorang ngan Tun Mahathir.. Sayang tak sempat nak cuci.. Huhuhuhu.. Sian dia.. Dah laa Tun tu idola dia..

~ oleh Rizwan di Sabtu, Mac 29, 2008.

4 Respons to “Sekarang ni ada kes Pukau lagi ke?”

  1. Wo0oo.. da kawin ek? patutla lama tak nampak..

    erm,mmg wujud lg kes2 pukau ni.. mggu lps kwn sy ckp rumah dia pn kena masuk org tp takde kesan pecah masuk pn. sedar2 hp adik dia dgn dompet ayah dia hilang. esok pg tu kt luar tingkap rumah dia ada I/C milik indon ngn sapu tangan kot tercicir kt situ.. diorg pn tak sedar bila pencuri tu masuk..

    zmn skang ni mmg bahaya la.. nk duduk rumah pn rasa tak selamat dah. takkan nk duduk gua plak. haih..

  2. pukau?serius?tapi mmg betullah polis susah nak siasat…forensik polis pun belum cukup mantap lagi…

  3. orang kata bela ikan dalam umah kalau nak selamat dari kene pukau.

  4. Orang depan rumah pun kene pukau 2 ari lepas… hilang hp ngn duet jugak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: