Blogger WordPress Seperti Katak Di Bawah Tudung Saji

Setuju tak kalau aku katakan yang kebanyakkan blogger dalam wordpress ni semuanya seperti katak di bawah tudung saji. Setuju? Tak setuju, sukati korang laa..

Jangan marah ngan ape yang aku coretkan kat sini. Cuma aku nampak kebanyakkan blogger kita ni cukup malas untuk meng’explore’ blog2 baru..Knape aku cakap macam tu? Sebab aku pun pernah malas..Malas untuk mencari mana2 blogger yang baru join wordpress ni.

Setuju tak kalau aku katakan:-

1. Kita rajin click kat ‘Top Post’ kat ‘Dashboard’ kita ni..

2. Kita rajin click kat ‘Fastest Growing Blog’ kat ‘Dashboard’ kita ni..

3. Kita rajin click kat ‘Blogroll’ dalam blog site kita.

4. Kita rajin click kat ‘Blogroll’ dalam blog site orang lain.

Cukup laa 4..Nak lebih, buat cerita korang sendiri..

Jadi, setuju ke tak kalau aku katakan yang kita semua ni sebenarnya Pemalas? malas untuk cari blog baru, malas untuk berkenalan ngan author blog baru, malas itu, malas ini, semuanya malas..Ape yang rajin? Update blog sendiri dan komen kat blog orang lain..

Aku sebenarnya tak akan kenal si Karim or si Azrul kalau aku tak click blog diorang kat blog orang lain..Memang asalnya, nama Karim pun aku tak pernah terpikir ada dalam wordpress ni. Bila baca blog dia, nak pecah kepala aku gelak..

Ni laa yang kadang2 buat aku malas nak menulis kat wordpress ni..Sebabnya, aku nak bagi peluang kat adik2 kita yang baru merangkak nak dapat nama atau nak dapat pembaca setia dalam wordpress ni..Bukan nak cakap kalau sekali aku menulis, visitor aku melimpah ruah, tapi aku tak suka korang kenal ‘Masyarakat Pelik’ ni melalui salah satu ‘Free Promotion’ yang ada kat ‘Dashboard’ ni. Kesian kat adik2 blogger baru ni..Tulis bagai nak rak, tapi sorang pun tak kenal..

Dan yang membuatkan banyak blog2 politik terkenal dalam wordpress ni sebabnya, “Dah asek blog diorang jer yang top kat wordpress ni, mana tak semua pembaca wordpress ni tak click kat blog diorang..!!” Betul tak?

Dan yang paling aku menyampah sekali, tak pernah pulak aku terbaca komen dari pemilik blog2 politik sebegini kat blog orang lain..Ape? Blog bukan politik ni tak layak dikomen ke?

Hmm..Lantak laa korang..Kalau korang rasa nak jadi macam katak bawah tudung saji, teruskan laa kemalasan korang ni..Sampai bile2 pun komuniti masyarakat kita kat wordpress ni tak akan berkembang..

Mesti korang tertanya2 macam mana nak tolong adik2 baru blogger kita ni kan? Senang je, promote je blog diorang kat blog2 korang yang sehari menerima 8 juta pembaca..Takkan laa dalam 8 juta tu takde sorang pun yang akan click kat blogger baru ni..

Dan kepada blogger2 baru pulak, rajin2 laa menulis komen kat blog2 yang terkenal kat wordpress ni..Kalau korang nak FAMOUS macam cik IXORA kita ni..Rajin2 laa bertandang ke blog2 orang lain..Kalau korang malas, tutup komputer, duduk dalam hutan lagi bagus..

Kepada mana2 blogger yang marah atau menyampah ngan entri aku ni, itu korang punya pasal..Kalau aku salah, tolong bagitau..Kalau aku betul, tolong bagitau jugak..Kalau korang tak komen pape, aku pulak konpius nanti sama ada aku dah publish ke belum..Hahahaha..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Ahad, Disember 30, 2007.

36 Respons to “Blogger WordPress Seperti Katak Di Bawah Tudung Saji”

  1. ko mmg. aku blggr br. ni kr lgkh btol la aku bt ni, kmn2 blog org ye? ye ke? nkth.

  2. smsmen – Ko boleh kalau nak tinggalkan komen, so pelawat lain bole baca and klik kat nama ko..Tapi ko tak letak pun blog address ko..Macam mana orang nak klik kat blog ko? Aku pun tak tau blog ko ape..

    Wahh..awal sungguh ko jumpe post aku..champion..

  3. dh ltk dh, aku br prsn. he2. nkth.

  4. knp awak pun xletak blog address…huhu..
    mcm men jigsaw puzzle cari blog ni..heh

  5. Hehehe… agreed with you. Memang pelik betul masyarakat bloggers kan…

  6. aku setuju dengan 4 bende yang kau katakan tu…

    tapi kadang² aku akan click blog orang lain yang aku tak penah tengok gak…biasanya aku akan gunakan blog yang ade kat blogroll aku untuk capai ke blog orang lain..haha…

    selalunya kalau naman yang diletakkan agak pelik, tu akan menjadikan aku lebih berminat untuk click..
    😀

  7. Cik F =)

    Bukan aku tak letak blog address, benda ni sumer automated..Maybe sbb aku baru visit to blog ko, and aku belum familiar ngan blog ko, that’s why wordpress unable to captured my present on your site.

    lanog

    Hahahaha..you just witnesses some of the weirdest things in wordpress blogging system. If you’re new here, sit back and and enjoy the stupidity of wordpress system..Everything must be done manually. Don’t you just hate that?

    Zuriaf

    Aku pun memang akan click kat blogroll aku or kat blogroll orang lain..Dan yes, kalau nama pelik tu yang buat kita wondering “mesti best blog site tu..” Aku Setuju..!!

    Cuma kalau kita tak work together on this, sampai bile2 pun blog politik akan bertaktha kat TOP BLOG wordpress. Sampai bile Personal blog ni nak maju?

  8. keh keh keh .. ko tau, ko punye statistik . melonjak naik oooo… sebab ramai serebu masuk kat ko punye blog… sebab ko telah menulis satu tajuk yang begitu menarik minat semua orang untuk membacanya…

    kekadang tak leh salah kat senior senior gak. dia orang memang pakar bab manipulasi tajuk (SEO ) … so korang kena kreatif la skit ..cari tajuk tajuk gempak dan kandungan yang sesuai .. baru mudah orang kenal..

  9. Hardyweb

    Memang tajuk post tu penting, aku setuju..Aku baru letak tajuk ‘bogel’ dah ramai kelibat manusia beratur nak masuk site aku.. Dan bukan sahaja tajuk tu penting, TAG pun penting gak woo..

    Kepada korang semua, marilah kita sama2 membina revolusi baru..Kalau kita united, kita pun boleh kalahkan senior2 wordpress dalam ni..UNITED yee..Bukan Manchester United k..

  10. kah kah kah . kelakar gak ko rizwan weh… hampir terlupa pulak.. taq dan kategori pun sama pentingnya..

    cuba baca apa yang aku tulis

    http://hardyw3b.wordpress.com/2007/07/09/tips-untuk-menaikkan-hitz-blog-anda/

  11. well… bergantung pada usaha
    everyone got what they deserve, i think

    tapi kat ruang Latest Post tu, patutnye WP khususkan mengikut localization… cam ruang Top Blog, Top Post, dengan Fastest Growing Blog… tapi tak ye… hmm hmm

  12. Aku setuju dengan hardyweb.
    Sendiri punya blog, sendiri mau promote.
    Tak perlu tuding jari pada senior bloggers atau political bloggers.
    Banyak yang boleh dipelajari daripada senior bloggers.
    Aku pun sedang belajar.

  13. Hahahaha..One of the senior bloggers shut my post off..!!

    Well, KNB aku memang setuju kalau kita punya blog, kita promote sendiri..Dan ape yang aku cuba sampaikan kat atas ialah, aku buat kerja aku, kau buat kerja kau..sama2 kita memajukan blog kita..Siapa yang taknak maju, silakan. Aku nak maju, sebab blog ni dah jadi half of my life.. So aku suka kalau nampak nama2 baru dalam wordpress community ni..

    Terus terang, aku tak marah diorang or tunding jari kat diorang..aku cukup tak suka kalau asik nampak politik blog jer on top..Aku nak perubahan..jadi aku hanya menyampaikan kepada sesapa yang mahukan perubahan, work your ass on it..Kalau tak, then aku takleh paksa..

    Owh lagi satu, banyak yang aku belajar pasal blogging ni, tapi bukan from senior2 blogger dalam ni..

    KNB, jarang ko nak komen kat blog aku..Thanks a lot..

    Hardyweb

    Ok aku masuk site kau japgi..Aku nak berak siut..!!

    rightbrainer

    Yes, for those who don’t want to grab this opportunity to make their blog visible, it’s a wasted of blogging for them..

    Pasal localization, aku tak tau, cuba ko tanya kat Mr.wordpress jap..

    To all commentators, thanks a lot for your comment..Japgi aku datang balik, AKU NAK BERAK..!!

  14. semua p visit my blog..
    almerbaui.wordpress.com

    ingat tue..aku bukan almarbawi..aku almerbaui..
    tiada kena mengena dgn blog almarbawi..

    undilah aku..nescaya aman malaysia..hahaha..

  15. Aku sokong apa yang ko tulis. Kalo asyik buat post tajuk lucah aje untuk org datang blog kita tak jadi gak. Yang kesian macam author baru (cam aku hehehe) tulis sorang2, dan baca sorang2, pastu gelak sorang2….

  16. hahah tengok senior ko amik peluang atas tajuk ko yang sedang hits sekrang nih.. wakakk thanks for the hits..

  17. Saper senior, saper junior ni weh? Berputar2 aku.. Ekeke.

  18. kawan2, marilah ke blog saya!!! silalah!!!
    (macam ni ke promote diri? hahahaha…)

  19. rizwan, kau tunggu satu hari nanti blog aku jadi top blog of the day…satu hari nanti..aku akan coba untuk mengalahkan blog politik tu…

    poyo giler aku..😛

  20. ye sekarang aku tgh mengomen di blog kau… rajin tak aku…hwa hwa hwa…

  21. Kipp

    Tajuk memainkan peranan, percaya cakap aku, komen yang sarcastic pun boleh bagi hits kat ko..!!

    Hardyweb

    Senior blogger dah tak payah collect hits from small blogger macam aku ni..Ari2 pun org visit blog dia..muakakaka

    Affuan

    Ko senior, aku junior..Tak pun ko junior, abang ko senior..
    Ape aku melalut ni?

    Azrul

    Oit Azrul, ko tak payah promote dah..Org dah kenal..Semua berebut2 nak tau pasal kejiwangan kau..muakakakaka

    Zuriaf

    aku tunggu..bangga jugak ada blogger yang bersemangat nakkan perubahan..Respek..!!!

    HE

    Hahahaha..ko rajin laa jugak..tapi setakat kalau komen yang tak memberangsangkan, sape nak visit blog ko HE oi..?

    Kepada semua pengromen, ehh salah pengomen, kalau korang marah ngan post aku, sukati korang..Tapi mesti bersebab..kalau aku salah, korang bole marah aku..Tapi kalau aku betul, then tolong aku..Kita sama2 naikkan taraf blog kita bersama2..!!! Boleh?

  22. aku dah lame tak hupdate…rajin kao hupdate?????

    ini lah strateji aku nak promote blog aku…errr…ape kabar kao??

  23. Wan, aku minat hang cerita pasai UNITED. macam depa dok kata la, yg senior ni dah tau jaga diri, yg newbies termasuk aku ni patut dibimbing. Buatla satu komuniti utk jaga kepentingan kita2 yg terpele’ot ni. pastu kita sama2la pikiaq camana nak majukan ahli komuniti kita. dok gebang saja tadak action pun tak guna gak.

  24. Faerrin

    Aku tak rajin hapdet blog aku..tapi kalau sekali aku hapdet..Haaa memang aku tak kesian punya..!! Muakakaka aku ok jer..ko ape citer? senyap je

    Exzede

    Betul..Aku setuju..Senior blogger dah boleh goyang kaki..Junior blogger terkuntang kating nak dapat nama dalam wordpress..Serius blog ko pun aku tak tau wujud,,baru skarang ni aku tau..

    So kepada blogger2 baru, tolong laa komen kat blog org lain..Exposed kan diri korang..Ok tak kawan2?

  25. salam…ada benar gak apa yang dikatakan…tetapi janganlah labelkan semua…tak semua begitu kot..masing2 ada sebab2 tertentu, aku sendiri walaupun dalam internet ni semenjak 1996 lagi..tapi serius suka menulis blog hanyalah 2005..itu pun ala kadar jer…semenjak2 dua menjak jer lah aku rasa semangat gila nak menulis lagi2 dalam bidang yang aku suka…hahahah bidang paling kurang glamor di alam maya..iaitu pertanian, penternakan dan.etc..alhamdulihah ramai senior blogger yang luar dari dott ..dot wordpress yang tahu kehadiran blog aku huhuhuhu(yg dalam wordress wallahualam ..lom pernah kenal laie..heheh)..btw..aku rasa blog aku pun ntah bila aku terperasan kuar juga kat fast growing..tapi tak menentu lah..biasanya blog pasai politik & seks gak yang kat atas tu…huhuhuhu…tapi apa2 pun lu memang hampehhh…kerana manipulasi topik nie…sampai buat wa tiba2 jer nak komen kat sini….huhuhu

  26. ni ari pertama aku join wordpress(31.12.2007)waa sok nk new year beb!..sblum ni asik men frensial (frenster)
    & juga myspender(myspace) je..bosan pon ada..(ko komen gambar aku,aku komen gambar ko)..haha..buang masa pon ada..
    aku pon x bape paham lagi penggunaan word press ni..stu habuk post
    pun aku x tulis lagi..just nk wat salam perkenalan kt korang yang otai2
    kt sini

    *aku tertarik ngn tajuk yg mamat ni tulis sbb 2 aku klik masuk sini..

  27. exposed tu exposed la jugok.. tapi jangan la tulis benda benda mengarut merapu meraban tak tahu ke hala……kang orang kata kita lunatik plak.. naiwaitu yang penting…

  28. Mostly yang singgah di blog saya adalah dari search engine. Kalau dari sesama blogger wordpress, jarang kot…

    Weblog saya pernah naik mendadak pun sebab search engine juga. Namun begitu saya rajin baca blog2 di wordpress. Cuma jarang komen sebab tak tau nak komen apa.

    Cadangan untuk mewujudkan semacam KOMUNITI BLOGGERS WORDPRESS sangatlah saya setujui. Kalau betul dapat diwujudkan, saya pun nak join!

    Apa pun, salam kenal.

    Wassalamualaikum wr wb.

  29. My Bob

    Aku pernah masuk blog ko sebelum ni..Tapi aku lupe camne aku bole jumpe..Maybe sebab blog ko keluar kat fast growing blog kot..Sebab tu aku cakap dalam post ni, any blog yang ada kat FREE AREA belah kanan dashboard kita sahaja yg akan kita klik..Ko salah sorang contoh yg terbaik..Yes memang senior bloggers yg pakai dot com dah kenal ko..Tapi macamana wordpress bloggers?

    Traffic kalau nak harap from dot com tu ape sangat laa..

    Lagi satu contoh terbaik..Pembebel dot com..Ada korang g masuk blog site dia? Mungkin korang pun dah lupe kewujudan dia..Sebab dia dah pakai dot com skarang ni..Hmm..ntah laa..maybe dia membebel sensorang je skarang ni..hahahaha

    Sebab tu aku cakap..EXPOSE..KOMEN..Semua tu memberitahu kewujudan kita dalam blogging ni..

    Aku memang boleh labelkan semua wordpress user ni katak..Tapi aku tau aku takleh cakap camtu..So aku buat general je..Siapa yg terasa, pandai2 laa pikir..

    Seriusly aku tak terpikir langsung nak memanipulasikan post title aku ni..Aku just type ape aku pikir..Tak terpikir pun hits post aku ni sampai arini naik lagi..Tapi kalau ape aku tulis tu betul, so salah ke ngan tajuk tu?

    Thanks bob for your comment. Tak sangka ada petani yg berjaya turun padang komen kat blog aku..Cuma aku sedih, SENIOR BLOGGER TAK PERNAH PULAK NAK KOMEN KAT BLOG AKU OR BLOG2 ORANG LAIN..Hmm tak paham aku..

    Paranormal

    Kau bukan Uncle yg dalam TV cakap pasal hantu tu kan? Kalau ko Uncle tu, aku halau ko..sebab aku tak suka SEEKERS BODOH tu langsung..!!
    Hahahaha..tapi takpe..Since ko baru nak join wordpress ni, aku ucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGING..!! SATU ADVICE AKU, RAJIN2 LAA KOMEN KAT BLOG ORANG, TAPI MAKE SURE KOMEN YANG RELEVAN DGN POST..PAHAM?

    Hardyweb

    Betul..aku setuju..Exposed tu mesti kena ngan nawaitu..Kalau main belasah je tak guna gak..

    Nasron

    Salam perkenalan..Saya pernah masuk blog saudara nasron (seingat saya )tapi saya pun tak tau nak komen ape..mungkin sebab gaya penulisan kita lain kot..

    Insyaallah saya memang nak wujudkan wordpress komuniti ni..Kalau dapat, memang menjadi satu pencapaian pada saya dalam blogging ni.. Kita kena eratkan sesama kita dalam blogging ni..Jadi kalau dah nak launch nanti, saya jemput saudara dan juga kawan2 blogger yang lain..

    To all commentator, aku tak expect langsung sampai ke hari ni pun ada comment lagi..Thanks a lot guys..Aku memang nak wujudkan komuniti wordpress ni, and together we build our blog up to the top..!!

  30. wah…betul ke nak ada komuniti wordpress? satu plan yg baik. 4 ur info, saya selalu masuk blog anda dan blog wordpress lain khususnya wordpress melayu, tetapi memang saya silent reader aje. tak tau nak komen..mungkin juga risau tersalah komen..huhuhu

  31. pnjg sggh kmen cni. x lrt aku nk bc. ha2. nkth.

    smbg skit: aku junior ke?

  32. actually aku ada terperasan..akan WP Malaysia punya forum…dia gather all bloggers samada wordpress.com atau self hosting menggunakan wordpress disitu…tapi dia menyepi jer…

    hardyweb> aku juga pernah pi explore blog hang..hehehe

    Rizwan> apa2 pun lah..yang sebenarnya kita suarakan itu dan ini ke apa2 ker…at bottom line all this increase our traffic each other right??…hehehe so..tak yah lah ada nak amik hati..geram ker…hehehe..enjoy your life with wordpress… hehehehe

  33. brader, link tu salah la brader

  34. ong~~gedek2..ong~gedek2….

    […..cubaan buat bunyik katak………]

    aku ske je jenjalan kat blog org ..cuma kengkadang takde point nak komen….tp besenyer aku tinggalkan je komen even tak releven…

    pasal org yg klik terus kat top post tue..aku rase depends jugak…mcm aku..aku lebih teruja dgn tajuk2 yg lain drpd yg lain…even politik je yang duk atas..aku tak klik pun sbb malas nak amek port….

    nak buat komuniti?..sila-sila..aku join nanti…

    p/s:…err..adakah komen aku ini releven….?

  35. salam kenal….

  36. tanye cikit..
    aku baru nk blajo wat blog ni,…
    yang ne lebih ok wordpress ngan blogspot?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: