Masyarakat Pelik Dengan Masyarakat Yang Pelik

Hahahaha..I’m Back..!!!

Kepada semua expecially Cik Ixora , Aku sebenarnya tengah busy ngan satu blog research ni..Aku tengah belajar serba sedikit tentang blogging ni..Ape yang aku belajar? Biarlah Rahsia ( Macam lagu siti pulak..Ptuiii…!! )

Dalam masa aku belajar pasal blogging ni, aku ada juga membuat ‘observation’ terhadap pembaca2 blogger kat Malaysia ni. Dan dari apa yang aku nampak, kebanyakkan Blogger Reader kat Malaysia ni:-

1. Suka baca pasal politik Malaysia..

2. Suka membaca tapi malas nak tinggalkan komen.

3. Suka masuk blog orang lain tapi malas nak update blog sendiri.

4. Malas untuk menjadi pembaca setia blogger author.

Cukup laa aku letak 4. Kang aku letak lebih, banyak pulak komen aku dapat..muakakakaka

Kalau korang tengok kat sidebar blog aku, korang akan nampak feedburner countstats aku. Dan kalau korang tak buta laa, ada 1 reader sahaja yang subscribe ke blog aku. Ini yang aku katakan pembaca2 blog kat Malaysia ni pemalas..Malas nak bukak email sendiri..Malas nak subscribe..Malas nak tolong orang lain dan tolong diri sendiri..
Bagi aku, kalau korang nak increase traffic ke blog korang, rajin2 laa exposed kan diri korang..Kalau tak, mana orang nak tau korang wujud..Betul tak?

Ok..Tutup cerita pasal pembaca2 blogger ni..

Aku nak ceritakan tentang kebanyakkan blog yang aku visit ( Buat survey laa konon2 nya..) dan boleh dikatakan, aku bangga dengan kebanyakkan blogger2 di Malaysia yang kebanyakkannya ingin membuat duit melalui blogging..Masuk site ni, “Janakan duit anda melalui internet”, masuk site tu, “Dapatkan income sampingan melalui blogging” Jual ebook sana sini, dan macam2 lagi laa..Membuatkan kita teruja nak buat duit ngan blogging..Tetapi, kebanyakkan blogger2 sebegini mempunyai website diorang sendiri..Macam mana ngan korang pulak?

Terus terang aku cakap, kalau kebanyakkan dari korang memang berminat nak buat duit via blogging, tapi still duduk bawah ketiak En. WordPress atau En. Blogspot, Hentikan laa..Buang masa dan buang duit ( bayar bil internet ) je kalau still korang pakai platform En. berdua ni..Korang mungkin akan nampak hasilnya, tapi jangan harap dapat banyak laa..

Korang tunggang terbalik post entri, create traffic, join komuniti sana sini, promote blog macam orang gila, letak adsense sana sini, pay per post kat atas bawah, tapi hasil, CIPUT..!! Selebihnya ntah2 pergi kat poket En2 berdua tu..Mana tau..?

Jangan korang konfius ngan ape yang aku tulis ni.. Dan kepada sesetengah orang yang sememangnya dah buat duit melalui blogging, jangan marah ngan apa yang aku tulis..Aku hanya bercakap benar..Macam biasa, itu semua pilihan korang sendiri..Aku tak campur hal2 seluar dalam korang..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Selasa, Disember 4, 2007.

10 Respons to “Masyarakat Pelik Dengan Masyarakat Yang Pelik”

  1. nice write up.

    aku memang sejak dari dulu tak suka buat adsense iklan segala kat blog aku tu. sebab tak nampak logiknya camne aku nak buat duit dalam kadar yg berpatutan bila letak iklan² tu. of course Blogspot ngan WordPress puna da bahagian dia gak selaku host kepada blog.. takkan dia nak bagi untung kat kita buta² je.. ye tak?

    Plus, aku setuju ngan 4 points tu. tepat ke batang hidung🙂

  2. Tu dia aih.. patutla senyap+sunyi+sepi selama ni.. dok buat pemerhatian dgn penuh hati-hati ghupanya..

    Aaaa..! Dr observation tu, cuma no.1 je kot yg TAK kena kt batang hidung sy.lalala…

  3. nombor 2 dan 3 tu aku..

    aku cuma jadi pembaca setia blog yang aku suka. jadi kalau ada blog yang aku tak setia, maka bererti itu blog yang tidak best. (oklah, tidak cukup best, kejam sangat plak kan, hehe)

    aku subscribe byak blog tapi bukan via email, via bloglines. hampir semua orang yang aku link-kan aku subscribe RSS feeds dia (termasuk ko), tapi tak semua yang aku utamakan. aku prioritize yang aku suka.

    aku tak nak berblog untuk buat duit. aku tulis untuk kepuasan. macam affuan tu lainlah, dia memang bertujuan buat duit. aku berblog sebab aku suka menulis.

  4. Medcham – Aku mintak maaf kalau kena batang idung ko..Nak buat duit via blogging, memang boleh..Tapi kompem blogger and wordpress dapat untung banyak. Lagipun, kalau duduk bawah ketiak diorang, susah nak buat duit..Lagi satu, pendapat aku, kalau setakat nak buat duit from blogging, toksah laa..buang masa je..

    Ixora – Hahahaha..Kalau kita nak belajar sesuatu, observation mesti bagus dan tepat..Kalau tak, sampai bile2 pun tak pandai..muakakakaka

    Azrul – Terima kasih sbb link aku via bloglines..Diharap ko akan kekal menjadi pembaca setia aku..muakakaka

    Aku respek kat orang yg menulis blog utk kepuasan.. Tapi setiap org ada cara sendiri..Affuan memang pandai bab2 buat duit via online. Ko pulak pandai tarik pembaca dengan penulisan ko yang champion. So mana2 pun, Buat laa cara korang sendiri..

    Kepada yg lain, aku tau korang tak tinggalkan komen.Biarlaa..Janji korang suka ngan ape yg aku post..Renung Renungkan..Dan Selamat Beramal..

  5. ahah..aku tulis je komen. aku blogging pun kes nak puaskan hati jer…
    blogging bleh janakan duit, mmm tu tak penah lak terlintas di fikiran aku.

    4 point tu, satu pun tak terkena dekat aku. ahah🙂

  6. betul tu brader…

  7. don’y give up

    http://www.smkbb.wordpress.com

  8. HE berblog hanya melepaskan rasa dalam hati sahaja…..mungkin jenis sukar untuk meluahkan secara verbal…jadi blog mmg tpt terbaik rasanya la..

    kalau nak buat duit..hemphh… belum ada niat lagi…

  9. uh, terpaksa aku letakkan komen gak…

    aku memang tak suka baca blog politik..so yang pertama tu takde kene mengena dengan aku…

    yang kedua tu, kalau aku dah baca abes, memang aku akan tinggalkan komen..hahaha..(macam ni lah)

    yang ketiga tu pulak…aku suka update blog sendiri…blog orang aku akan baca lepas update blog sendiri…jadi, takde kene mengena dengan aku..

    yang keempat tu tak kene mengena dengan aku jugak..aku memang suka baca blog yang ade kat blogroll aku..itu aje…

  10. nak tiru zuriaf… ekeke

    1. kurang minat politik.

    2. memang suka tinggalkan komen. sampai kadang2 kene sound setempek. tapi, tak serik jugak.

    3. suka msk blog org lain dan suka update blog.

    4. pembaca setia utk blog tertentu je. biasanya, yg dh ditempek link kat bhgn sidebar.

    sowi… menyibuk lak kite…😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: