Lelaki Oh Lelaki

LOL? hahahaha..Aku diminta oleh ramai pihak ( terutamanya kaum perempuan ) untuk menceritakan tentang perihal kaum lelaki pulak..Apa? Korang tak paham ape aku cakap? Haa baca laa kat bawah ni..Buat2 tak tau pulak..

Ape2 pun, jangan pulak kaum lelaki nak marah aku lepas ni ek..Aku hanya menceritakan ape yang terjadi disekeliling aku dan semuanya benar belaka..Tak caya? Tanya diri sendiri..Muakakaka..

Lelaki oh lelaki..Asalnya diciptakan oleh Allah S.W.T dari tanah kering, dibentuk dan ditiupkan roh olehNya..Maka terciptalah Adam.

*Eh..ape aku merepek ni?*

Lelaki, aku juga lelaki..Kebanyakkan pembaca aku juga lelaki..Kawan2 aku paling ramai lelaki..Tapi apakah masalah dengan lelaki sekarang ni?

Kaum wanita selalu berkata,”Lelaki semua gatal, jahat, hidung belang, Lelaki itu, Lelaki ini..” Tetapi apakah benar semua lelaki begitu? Mari kita lihat…

Tidak dinafikan yang lelaki memang kebanyakkannya begitu..Tapi adakah kita berhak untuk menyalahkan kaum lelaki dengan cacian sedemikian? Aku rasa tak patut..

Lelaki semua gatal – Dah badan terasa gatal2, mesti laa nak garuk..

Lelaki semua jahat – Ye ke semua lelaki jahat, Hmm..

Anyway, aku nak ceritakan pengalaman aku bersama kawan aku ni..Mamek laa sape lagi..Dia ni memang seorang yang baik..Tak pernah terpikir nak bercinta2 ni sebab dalam otak dia memang pikir nak kumpul duit je..Hidup dia kosong..Tak pegi shopping, melepak, or ke tempat2 soSIAL..”Hard Rock? Zouk? Persetan semua itu..!!!” Kata kawanku ni..

Tapi pada suatu hari, mamek mengajak aku ke tempat2 camtu..”Pul, jom g disko..” ujarnya yang membuatkan aku terkejut manusia bukan beruk..”Haaa? kau nak g disko mane pulak ni? Sebelum ni tak penah2 pulak nak g tempat2 camtu pun..” Aku membalas..”Kita pegi HardRock, nak?” sambungnya yang membuatkan aku ternganga..😮

Dan malam tu, kami pun pergi laa ke tempat yang aku tak suka langsung dah nak pegi..Aku dah tua, dah bosan ngan tempat2 camni..Tapi mamek ni lagi tua dari aku, tapi disebabkan dia tak pernah nak ke tempat2 camni, mendorong aku untuk bertanya, “Kenape kau nak pegi tempat2 camni?” Tapi jawapan yang aku dapat “Ada laa..Nanti aku bagitau..”

Setelah beratur dan membayar cover charge, kami terus ke belakang dan pergi ke kerusi yang terakhir sekali..Dan apa yang aku nampak membuatkan segala persoalan aku terjawab sedikit..

“Pul, kenalkan ni Melissa..” Membuatkan persoalan aku terjawab lagi..

“Hi..Nice meeting you..I’m Melissa” Cehh..hidung kembang, mata sepet nak speaking konon..Ingat rambut blonde dah omputih sangat laa..

“Hi..Saya Saiful..Nice to meet you..” Aku membalas..Terpaksa cakap omputih..Mana tau dia tak tau cakap melayu..

“Dah lama ke kawan ngan mamek?” Aku bertanya pula..

“Dalam 2 bulan..” Laaa…tau cakap melayu rupanya..

Kami terus mendengar alunan muzik dari JiveTalkin’..

Bila Melissa pegi toilet bersama kawan2nya, aku menarik mamek..”Hoi mamek, mana ko kenal dia?”

“Aku kenal masa pegi orientation aritu..” Mamek membalas..

“Then knape korang berdating kat sini? pegi laa tempat lain..Sini memekak laa..” Aku memarahinya..

“Dia suka datang sini..Dia ajak aku..Mula2 aku taknak, tapi nak buat camne..Dah dia suka..” Mamek membalas dalam sedikit marah kerana aku cuba menasihatinya..

“Hmm..Kalau camtu, aku blah dulu laa..Tak tahan laa dalam ni..Bising..!!” Aku membalas..

“Ok laa..Aku nak lepak ngan dia lagi..Kau balik laa dulu..” Mamek menjawab dengan selamba..

Aku tenganga..😮

Aku pun keluar dan meninggalkan ‘loving bird’ di dalam sangkar bersama dengan pemburu2 ‘bird’ yang lain..Biarlah mereka bersama di dunia ciptaan mereka sendiri..Aku taknak join dunia mereka..

Itulah yang aku nak ceritakan hal kaum lelaki ni..Tapi kalau baca balik, macam kaum perempuan je penyebabnya..Muakakakaka..

*Sudah laa..Aku dah penat nak melayan email korang lagi..Jangan label aku sebagai pengecut, penakut, ayam dan sebagainya..Aku malas, diulangi, MALAS nak baca email dari korang berkaitan entri aku sebelum ni..Kalau nak email pun, email tentang yang elok2 je k..Ada ape2 pasal entri aku ni, komen je..*

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Ahad, November 25, 2007.

8 Respons to “Lelaki Oh Lelaki”

  1. hehehe, ko ni macam saje je mintak e-mail bebanyak, hehehe.. lalala, aku tak campur..

  2. Tapi kalau baca balik, pompuan bukan penyebabnya. Titik!

  3. Hahahaha..Azrul, aku takmintak pun diorang email..Pasni, aku reject je email diorang sume..Lantak laa

    Ixora..Ecehh…Siap letak Titik! konon..muakakaka..

  4. Senario di atas adalah `it takes two to tango’.Kalu sorg jer yg jahat..tak menjadi.Tepuk sebelah tangan tak berbunyi walaupun sape yg ajak bertepuk dulu.Tu sebab akak suka `pok amai2 belalang kupu2…’ ewah..
    sume org kena!

  5. Yeaa..!! betul tu akak cache..Kalau tak de angin, camne skirt Marilyn Monroe nak terangkat, betul tak?

    Anyway, kita tutup laa citer pasal jantina ni..Biar laa mereka bersama keluarga mereka..

    Thanks guys for the comments..🙂

  6. hmm.bagi aku..dua2 pun ade peranannye..hehehe..mane boleh sebelah pihak je dipersalahkan..😉

  7. huh..bagi aku, dua² menjadi penyebabnya…penyebab kepada segala²nya..hahaha..sama je..

    yang laki takyah la nak tuding pompuan, dan pompuan takyah la tuding laki…tuding diri sendiri lagi baik..hahaha…

  8. setuju 100% dgn komen akak cache… siapa yang salah??? fikir sendiri laa…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: