Jiran Yang Bangang

Maaf, aku terpaksa skip cerita doktor yang bangang, sebab ada lagi yang bangang dari doktor yang bangang..Iaitu, JIRAN KU YANG BANGANG..!!!!

Cerita bermula begini..

Depan rumah jiran aku ada pokok yang dah memang tersedia di tanam depan rumah dia..Mesti ada sebab kenapa pihak management rumah tu tanam pokok tu kan? Sebab nak halang from tenant dari mencangkul kat tanah tu..Paham?

Si bangang ni pulak pegi cabut pokok tu ngan akar2 sekali, pastu cangkul tanah tu sebab nak tanam pokok mangga..Dan tak sengaja beliau dah tercangkul saluran paip air kat bawah tanah tu..Tanpa menyedari kemungkinan yang akan berlaku, si bangang ni biarkan je la..

Aku letak gambar je laa..Korang tengok sendiri kebangangan jiran aku ni..

water2

“Inilah saluran paip dalam tanah yang pecah depan rumah si bangang..!!!”

water3

“Yang ni rumah jiranku yang bangang..Air tak menghala ke rumah dia pulak tu..Nak tau menghala ke mana? Tengok bawah ni..”

water1

“Air yang keluar macam pili bomba pecah ni setinggi rumah aku..Punya laa tinggi..Macam air terjun ‘niagara falls’ laa.. Yang bestnye, air dia tak menghala ke rumah dia, tapi menghala ke rumah aku..Memang tuan rumah ngan air paip sama bangang..!!!”

Dan yang membuatkan kenapa aku panggil jiran aku ni bangang…? Sebabnya…

water4

“Kereta kesayangan adik aku yang tak bersalah ni habis jahanam..!! Dengan air yang penuh dalam kereta dia ngan cermin belakang yang dah pecah, kerugian dianggarkan sebanyak RM 1,500..Banyak yang kena repair..Cermin belakang, Gear Transmissions (auto), Wiring, Karpet, dan macam2 lagi laa..Dalam kereta dah penuh ngan air..Kalau letak ikan kompem hidup bebas..!!! Semuanya disebabkan si bangang yang nak tanam pokok mangga..!!!”

Mesti korang tertanya2 “camne cermin belakang kereta boleh pecah?” Jawapannye, sebab tekanan air tu dah terbangkan batu2 yang besar ke arah kereta adik aku..Paham?

Kitorang pun pergi laa ketuk rumah si bangang ni..Ketuk2 takde jawapan..Bile jiran yang lain bagitau. baru aku tau..”TUAN RUMAH TU TAKDE, BALIK KAMPUNG.. BANGANG..!!!”

Pihak SYABAS dah memaklumkan yang paip tu pecah akibat si bangang tu dah mengkemekkan saluran paip tu, dan disebabkan tekanan air yang kuat tapi tersumbat akibat kemek, saluran paip tu pecah..

Persoalan sekarang ni, SIAPA NAK BAYAR GANTI RUGI?

Nak harap pihak SYABAS bayar ganti rugi? jawapan diorang senang je.. “Kami tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku..Bukan salah paip air tapi salah tuan rumah berkenaan..Tapi anda submit je laa resit pembaikan kereta tu..Tengok laa camne nanti boleh claim ke tak..” Hahahaha..aku rasa lagi 20 tahun baru boleh claim..

Nak harap tuan rumah tu ganti? Hmm..tunggu laa bila dia balik from kampung..Siap dia aku siat-siat..!!!! Kalau dia taknak bayar, aku tau laa nak buat ape..

Kepada sesape yang nak cabut pokok depan rumah korang, jaga2 laa yek..tengok2 sikit dalam tanah tu..Kalau dah tercangkul something yang keras, check dan bagitau kat management rumah tu..Diharap korang tak dilabelkan sebagai jiran yang bangang..!!!

Aku kesian kat adik aku, kereta tak sampai 2 tahun dah jadi camtu..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Selasa, November 20, 2007.

23 Respons to “Jiran Yang Bangang”

  1. huh…tak tau nak cakap apa…memang agak bangang jugak tu…hai…lepas ni sure penanam pkok mangga tu tak ngaku dia yang sebabkan paip tu pecah. hopefully dia orang yang bertimbang rasa dan nak mengaku kesilapan dia. at least mintak maaf lah kan. entah tak tahulah.

  2. Nasib baik kena kat ko. Kalo kena kat aku, aku jejak jiran ko tuh sampai kampung. Bawak la parang panjang skali. Tetak sampai mampos je orang gitu. Huhuh!!!

  3. Wuyooo.. Dasatnye kes.. Wa tumpang simpati le, kesian kat ko…

  4. dahsyatnya jiran yg ba*$%^# tu…Sabar je la, kalau boleh selesaikan dengan muafakat dan emosi yang intelektual ek… semoga adik awak dapat ganti rugi dan hubungan dengan jiran tersebut menjadi jernih malah mungkin lebih kukuh dari sebelumnya.

  5. Memang bangang!

  6. Bukan setakat bangang tapi buta perut sama!!!

    cheers.

  7. banyak gile air pancut dua tiga hari ini. kat sg chua pon ada satu.

  8. salam..xelok panggil orang “bangang”..nanTi “bangang” tu datang balik kat kiter..percayalah…walaupun untuk pengajaran kat orang..

  9. arggghhhh tensen tahap dewataraya masa tuh…dahlah kul 3 pagi, masa tuh aku dah macam gaban tolong alih keta adik aku…argggh….bangang punyer tuan mangga yang terbangangtaliponge

  10. Aishah, Hope sangat kalau dia jenis yg bertimbang rasa..

    Pembebel, Sabar2..bwk bertenang, biar aku je yang parang dia..hahahaha

    shagrasyiid, thanks for your sympathy..

    Kak bayan, harap2 dapat laa ganti rugi tu..Dan harap tak laa gaduh2 sesama jiran..Tapi hati panas gak..Sebab rasa macam tak puas ati..!!

    Vista, Memang dia bangang..!! muakakakaka

    Ali, Bukan buta perut je, buta hati, buta mata, buta kassim selamat, cinta itu buta, sumer laa buta..Dan bangang..!!!

    Syahidali, air pancut memang banyak skang ni..Terpulang kat tuan dia nak pancut camne..muakakakaka..Kg sg chua tu kat kajang ke?

    Mewafa, Waalaikumsalam..Memang x elok panggil org bangang, tapi bagi aku, kalau aku tak panggil ko bangang, ko akan panggil aku bangang kalau aku ada buat salah or pape je laa..Tak akan ada seorang pun dalam dunia ni yang tak panggil org lain bangang..Mungkin tak semua tapi tetap ayat ‘Bangang’ tu ade..Kalau tak, camne ayat ‘BANGANG’ tu wujud? Hmm…Anyway, aku tau biar org buat kita, jgn kita buat org..Tapi ayat tu dah biasa, hati mana boleh tahan kalau hari2 kena pijak kan? TIPU laa kalau kata kita boleh tahan dengan dugaan Allah..!!! Mesti ada satu hari kita akan duduk sujud dan menangis atas dugaanNya..

    Eh..Ape aku merepek ni? Ape2 pun, Thanks for ur comment mewafa..

    Apen..!!!! Kalau korang nak tau, Apen ni abang aku yang ROCK..!!! Dia ni artis / Penyanyi..Kalau korang nak tau, email and tanya dia nama sebenarnya..Kalau korang nak jemput dia menyanyi, boleh..Tanya tuan badan sendiri..Tapi kalau dia tak layan, jgn mara..dia seorang yg busy..

    Sabar Apen, nanti kita GEGAR rumah dia bile dia balik..Aku dah siapkan note untuk dia..”Kepada tuan rumah, Kalau nak tanam pokok, silakan..Tapi nanti saya tanam pulak mayat anda kalau cermin kereta adik saya pecah lagi..” Muakakakaka..!!!

    Thanks guys for all your comments..!!!

  11. ko ketuk je paler dia..
    apsal la….b*ng*ng sgt????

    kat ne umah ko ni?
    meh aku tolong belasah dia!!

  12. X ganas.. X ganas.. Aku lagi ganas. Aku nak tanak pokok mangga atas tangga umah dier pat lima ratus bijik. Waakakaka.

  13. Kat bangi.. jom tolong aku belasah dia..muahahaha

    F1, kalau tanam pokok mangga kat tangga dia, nanti dia dapat makan buah free..apakata kita tanam pokok beracun pulak..biar dia ‘Go Down and di Bawah…!!!!’

  14. 1st time aku tengok tragedi bangang. Tak ada perkataan lain untuk menggambarkan jiran ko tu selain BANGANG!… yes… aku sokong ko!!!

  15. Trimas Kipp..!!! Semoga sokongan ko boleh mendorong aku untuk bersemuka dan berbincang ngan jiran aku yg bangang tu..So far dia belum balik lagi..takut kot..muahahahaha

  16. Bangi….
    Ko panggil fadh.. dia org Bangi
    hahaha…

    suh fadh belasah dia!!

  17. aku tak tau nak komen aper… aper ke bangang org ni, mintak gantirugi la….apa lagi

  18. dlm kes nie mmg la jiran ko bangang dan takleh terima sikap bodo lagi bahalol dia…tapi aku pelik asal org suker tanam mangga depan umah dier..hmm same mcm kat umah aku jiran aku tanam pokok mangga utk mengelakkan org tgk umah dier…skarang bukan saje mangga,pisang ,buluh dan sebagainya menjadi pilihan..haiyak pelik…

  19. hahah.. jiran sebelah rumah aku pon same bangang tapi kurang sikit la dari bangang dalam entry ni.. kat depan umah tu dah elok2 pemaju tanam pokok apekenamantah, dia pegi buat rajin pulak cabut pokok yang dah remaja tu pastu semai pokok mangga. dia ingat lepas semai pokok tu boleh terus besar automatically agaknya. Kena pagar la takut kambing makan, kena siram la takut mati. At last pokok tu tak sempat nak keluar daun yang ke sepuluh dah mati. Hampeh btol, kalau tidak dah elok ada pokok buat redup panas kat depan umah aku tu!

  20. haha. betul2 bangang. agaknya dia teringin nak buat air pancut kat rumah tu. balik nanti sila terajang beliau dengan dengan penuh ghairah.

  21. Aku memang ghairah kalau terajang org..Terangkat nafsu aku sambil menerajang seseorang..Muakakakaka

  22. kalo aku, tetak dier sampai mampos pastu cincang , masak cili api pastu bagi kucing aku makan,takpun sula jer dier tu guna batang paip diameter 30 gigabytes……………bagi pukulan khidmat cagaran pokok getah ok gak.

  23. haha..aku ingat jiran aku lah paling bangang sekali..ade lagi yang lebih bangang rupanye……

    wonder jugak ape kamu nak buat kalau dia taknak baya..mcm best je..join bole..ekekeke

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: