Bila Azan Berkumandang

Babak pertama.

Terdengar suara Pakcik Azmi (Bukan nama sebenar) melaungkan azan di masjid berhampiran rumahku..

“Ahh..Dah masuk waktu..” Aku bersiap nak mengambil wudhuk..

“Boom..!!!! Banngg..!!!! Kebaboommmmm…!!!!”

“Apa tu?” Aku terhenti seketika dari menuju ke bilik air..Dan terus ke ruang tamu..

“Woii..Apa kau ni? Perlahan laa sikit TV tu..Azan laa..” Aku menjerit kat kawan serumahku, Zaidi aka Mamek..

“Alaaa…Best citer ni..Sound clear gila..!!!” Mamek pulak menjerit..

“Kepala hotak kau..!! Kau tak dengar ke azan tu? bukan nak solat..memekak je tau..” Aku sedikit marah..

“Yelah yelahhhh..” Mamek merengus..

Babak kedua.

Aku dan mamek di dalam kereta menuju ke KLCC..

Kedengaran lagu Maroon 5  “Wake Up Call” di Fly.Fm

“Ape lagu tak best ni..Ntah hape2 laa radio skarang ni..” Mamek bersungut..

“Alaa..Biar je laa lagu tu..” Aku dah malas nak melayan si mamek ni..

Mamek pun tekan2 laa button channel kat radio tu..Tetiba kedengaran suara azan di corong speaker..

“Ni azan pulak..” Mamek mencebik sambil menukar channel lain..

“Laaa..Biar je laa azan tu..Buatpe nak tukar..?” Aku dah fed up ngan mamek..

Sebenarnya, ape yang aku cuba sampaikan kat sini ialah, berapa ramai di antara kita yang mendengar alunan azan dalam kehidupan seharian?

Sekali? dua kali? Lima kali?

Dan berapa ramai yang tak mengendahkan seruan azan?

Ya..Inilah yang berlaku di zaman kita sekarang ni.. Dari apa yang aku perhatikan, sudah ramai umat islam yang tidak lagi mengendahkan alunan azan..Bile terdengar seruan azan, mula laa nak tukar channel laa, bercakap laa, pasang lagu kuat laa dan yang tak sepatutnya dibuat bila azan berkumandang..

Aku belajar dari ayah aku masa kecik, bile azan berkumandang,

“Masa azan, diam dan dengar.Ingat Tuhan..Jangan buat benda ntah hape2 masa azan..Sama macam dengar orang baca Al-Quran” Bapaku menasihati..

Tak tau laa nak cakap macamana lagi dah..Dah besar ada otak pikir laa sendiri..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Jumaat, November 16, 2007.

8 Respons to “Bila Azan Berkumandang”

  1. betol tu…

  2. incik zaidi tadak baca ini entri ka?

  3. Dia tak baca..Dia buta blogging..Muahahahah tapi aku kawan baik dia..IXORA..!!!!! so how is ur brother?

  4. hohoho.. dia buta blogging rupanya! citt,bertuah pnya kwn baik! hahaha

    adik saya dh kuar wad jumaat lps. dia ok cuma nmpk ketara kaki dia yg bengkak tu. ibarat sebelah kaki gajah, sebelah kaki kancil. hehe. smlm pengalaman pertama tido kt wad. teman adik bongsu yg operate buang besi pg td. sib baik spital baru.. bilik pn 4 org je.. ala-ala private la pulak. kecik2 dh patah kaki.. huu.. tuan pnya blog ni dgrnya patah tgn ye? ni taip pakai kaki ke? kih3. just kiddin’! =P

  5. Nasib la rumah dekat2 surau…boleh la dengar kurang2 2 kali azan secara live…tu pun subuh ngan isyak…

  6. sama la cacah..
    umah kita dekat dgn surau gak..

  7. Aishah, nurnana,

    Alhamdulillah..Atleast ada laa jugak kemerduan azan tu dalam hati kita..

    Cerita ni buat aku teringat pasal married couple dulu..Bila azan subuh, wife dia kejut hubby dia “Bang, bangun, anjing dah menyalak tu..”

    Sedih, sedih..

    Ixora, diharap adik ko sembuh cepat laa yee..dan memang si zaidi ni buta blogging..tapi kalau dia tau pun, aku pedulik hape..!! Muakakaka

  8. eh,siapa married couple yg BANGANG ni..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: