Melayu Tak Tolong Bangsa Sendiri

Aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai peniaga..

Kawan aku ni memang peniaga yang berjaya..Beliau berniaga air minuman sahaja..Sehari income menjual air je boleh mencapai ratusan ringgit..Memang dia ni dah dikira berjaya laa sebab sebulan koman2 pun boleh dapat dalam RM 10k..Rekod yang dia pernah buat, RM 17k sebulan..Memang banyak duit dia kan?

Beliau ade 3 gerai kat foodcourt tempat aku kerja..2 gerai dia buat jual air dan satu lagi gerai tu dia biar kosong..

Berkenaan sewa gerai kat situ, satu gerai sewanya hanyalah RM 400 campur bil api dan air.. So memang dia ni takde masalah laa kalau nak sewa sepuloh kedai pun..

Nak dijadikan cerita, satu hari kawan aku ni bagi laa peluang untuk aku berniaga..Disebabkan aku memang nak sangat berniaga, aku pun bersetuju dengan cadangannya..

“Berapa aku kena bayar sewa ni Lan?” aku bertanya..

“Kau bayar kat aku RM 1,000 je laa..” Lan membalas..

“Mak aii..!! Mahalnya..takleh kurang ke?” aku terkejut beruk dengan harga sewa tu..

“Aku pernah sewa kat orang RM 1,500 pun diorang ok je..Kat sini sebulan kau bole buat untung lagi banyak laa..” Lan membakar semangat aku..

Maka pada hari minggu tu, aku pun pegi la beli barang2 dapur dan bermacam2 lagi laa..Semangat aku nak berniaga dah membuak2..

Memang tak dinafikan gerai aku tu dapat buat sale yang bagus..Ramai customer puji masakan ibu tersayang aku sedap..Bangga jangan cakap laa..Kembang hidung 8 hari..Income? aku boleh dapat side income senang2 je RM 1,500 sebulan bersih..Ok laa kan..

Tapi masuk bulan yang ketiga, agaknya sebab makanan kat gerai aku laku, si Lan ni macam tak puas hati pulak.. Dia panggil ajak berbincang..

“Wahh Pul, makin laku gerai kau sekarang..” Lan memulakan perbualan..

“Biasa je ni..Lagipun tak banyak kedai makan kat area sini kan..”

“Aku jumpa kau ni ada hal sebenarnya..Aku nak naikkan sewa gerai aku ni..” Lan kelihatan serius..

“Haa? Hmm ok laa..Berapa kau nak letak sewa?”

“Dalam RM 2,500 sebulan..” Lan berkata dengan selamba membuatkan aku memang terkejut beruk..!!

“Haaa..? kau biar benar Lan..Mahal sangat sewa tu..Mana cukup aku nak cover gaji pekerja aku lagi, rolling beli barang dapur lagi..Isshhh..Mahal sangat tu Lan..”

“Ada budak siam tu siap nak sewa kedai aku ni RM 4,000 sebulan tau..Kalau kau rasa kau tak boleh, aku bagi kat budak siam tu je..” Ayat Lan ni yang buat aku dah rasa semacam..

“Hmm..Ok laa..” Aku’dipaksa’ bersetuju..

Nak dijadikan cerita, sebab sewa gerai tu mahal dan aku dah takleh nak rolling lagi duit aku tu, lepas 2 bulan, aku terpaksa tutup buat sementara waktu..

Tapi yang bestnya, si Lan ni ambik kesempatan dengan menyewakan kat budak siam tu dengan alasan,

“Gerai takleh biarkan kosong, Pul..”

Inilah masyarakat kita..Cakap “tolong menolong sesama bangsa” tapi aku tak rasa macam tu langsung..”Membunuh bangsa sendiri” ada laa..

Akhirnya, disebabkan takde perjanjian bertulis antara aku ngan si Lan, aku terpaksa ambik balik barang2 aku dan lupakan hasrat nak berniaga kat situ..Dan yang paling bestnya, lepas 2 bulan budak siam tu berniaga,
“Budak siam tu lari tak bayar sewa langsung..!!”

“Tuhan itu Maha Adil…”

Ini cerita betul tentang pengalaman aku..Dan aku takkan putus asa dalam bab2 berniaga ni..Aku akan terus mencari peluang untuk berniaga.. !!!

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Sabtu, November 10, 2007.

13 Respons to “Melayu Tak Tolong Bangsa Sendiri”

  1. Gile keji si Lan tu.. kalau ye pn nk naikkan harga, biarlah berpada. Ini melampau-lampau sgt! Kwn mcm ni mmg takbleh buat kwn..

  2. Hati aku sakit gila masa dia bgtau nak naikkan sewa..Kalau naik 200 cmtu takpe gak..Ni macam nak tikam kawan sendiri..

    So far skarang aku kadang2 terjumpa gak dia, tegur macam biasa..Tapi dalam hati Tuhan je tau..

    Ntah laa..dah memang perangai sesetengah org kita camtu kan?

  3. Bayangkan sewa asal yg cuma 400 tu dia naikkan 1000. Then, nak naikkan lagi ke 2500. Sangat tak munasabah! Pastu nk sewakan pd bdk Siam tu dgn harga 4000. Mak aih.. sepuluh kali ganda dr sewa asal tu?!! Islam tak kasi kan cmtu?

    Erm,baguslah cmtu.. tegur mcm biasa. Mmg sakit hati kn kt dia tp biarlah Tuhan yg balas je perbuatan dia tu. Jgn berdendam pulak dgn dia. ehehe (tetiba pulak sy jadi baik tak bertempat.hahaha)

  4. Gerai tu sebenarnye very good spot..customer turun tangga terus nampak gerai tu..That’s why dia letak harga tinggi pun still ade org yang nak..

    but kalau dah sampai 2,500 or 4,000 tu memang everyday running in lost je laa..then watpe bukak kedai kan? mintak turun kan sewa tak bagi..tu yang agaknye budak siam tu lari..

  5. aiseyyyy…asal kao tak carik tapak ke sementara waktu…kao bole niaga balik..bagus kao niaga kan..aku rase baik kao teruskan usaha kao tuh..aku suke kalau melayu yg maju, biar melayu yg bolot semua harta2 kat mesia ni, jgn bagi kat orh lain..

    bekenaan lan, melayu mmg camtuh..kao kena tabah, name pun niaga..banayk org dengki..dulu auntie aku pun niaga jugak, ramai dengki..skang..da kaye da pun..jutawan beb..setakat sejuta dua x main ar..da bepuluh juta harta dia…

    yg penting, aku btau kao, usaha..usaha..usaha..persetankan dengki2 ni..kao jgn lari dan jgn undur..

    ok!!!

    moga jadi jutawan satu hari nt!!!

  6. Faerr,

    Thanks for the advise.. Kalau aku dah jadi jutawan nanti aku belanja ko ok?

    aku belanja teh tarik..Tapi ingat, bukan teh tarik yang sebarangan..

    Teh tarik yg diisi di dalam cawan emas..!!🙂

    *Belum jadi jutawan dah berlagak..muahahaha*

  7. Tapi selalunya bila dh jd jutawan nnt, otometik org akan lupa segala janji manis tu semua. jgn kata nk belanja teh tarik, silap2 air suam pn takde. hehe. harap incik x jd cmtu ye..

    “takkan belanja faerrin je?”😉

  8. Hehehehe..Ok laa cik ixora..Aku belanja ko gak k..

    Tapi korang set tempat laa k..Bile aku dah jadi jutawan aku email korang..Muahahahah Pakcik Kayo..!!!

  9. Hi..
    Bagus cerita antara si Pul dan si Lan.
    Moralnya ialah kalau nak berniaga berniaga bebetul,
    Cari benda or cabang perniagaan yang kita ada remote control,
    Kalau remote nya kat orang lain senang2 dia tukar channel..

    MARA..Bank Pembangunan dan agensi kerajaan yang lain terutama di Putrajaya sure dapat membantu macam mana nak ada remote control ni..

    ermm..belajar sesuatu berfaedah pasal manusia kat cerita anda.That good!😀 Happy blogging ya.. regard: laling

  10. Wah, untung gak berniaga air.. Sebulan boleh cecak 17K.. Makk aih… Kalah gaji graduan U ni… Apa kata kat U nanti, kita wat course “Menjual Air dan Makanan”.. Wakakakaka… Tak pun, kursus “Mencekik Darah Kawan”..

  11. Laling..

    Aku memang setuku ngan ko..kalau nak berniaga kena betul cabangnye..Aku laa pul tu..Sebab aku eager sgt nak berniaga ni laa jadinya..

    Bilik Sebelah,

    Member aku tu bukan setakat dapat 17k sebulan, pakai Alphard lagi tu..!! fully imported from Japan siap ngan accessories je dah cecah 30k..

    Anyway, dia dapat untung sebab dalam building tu kedai dia je jual air..Mana tak kaya..kalau 1,000 orang je minum air kat kedai dia dah cukup.. modal baru berapa sen 1 gelas air..

  12. sian dgr cte u..mmg tak dinafikan melayu mmg cm2..xleh tgk bangsa sendiri maju..lain ngan bgsa cine..die xkisah..ko wat hal ko aku wat hal aku

  13. Usih bagus perniagaan kau nie pul…kau berniaga area mana?aku ader gak nak berniaga gerai air nie.bleh aku jadi member kau?bagus pengalaman kau nie.Kau tinggal kat mana?Bleh rekomen kat aku mana nak cari peralatan dapur kat selangor nie?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: