Perompak yang Kantoi

Dimulakan dengan kisah seorang pemuda yang mempunyai isteri yang cantik, tetapi kerjaya beliau adalah merompak rumah orang lain tanpa pengetahuan isterinya..

Apabila ditanya, “Abang kerja apa?”

Jawapnya..”Abang kerja Bank..”

Si isteri tidaklah merasa pelik kerana mereka hidup dalam keadaan yang normal..Cukup makan pakai barang kemas membuatkan si isteri percaya..

Tetapi, kalau dah kerja yang terlarang di sisi Tuhan, nikmat hidup takkan kekal lama..Lama kelamaan, satu persatu barang2 kemas isterinya habis dijual..Ini adalah kerana sudah banyak rumah yang memasang ‘Anti-Thief’ system di rumah mereka membuatkan si perompak ni susah untuk memecah masuk..

Si perompak dan tensen..Si isteri dah marah2 sebab dapur dah lama tak berasap..Membuatkan si perompak keluar dan pergi mencari ketenangan di pub..

Setelah diteguk bergelen2 air kecing setan tu, si perompak pun balik berjalan kaki menuju ke rumahnya..

Tiba-tiba..

Tanpa disangka, si perompak ternampak satu rumah yang tidak memasang ‘Anti-Thief’ system yang sangat2 dibenci olehnya..

Tanpa membuang masa, si perompak terus ke belakang dan berjaya membuka pintu dapur rumah itu..

“Yes..!! kali ni aku mesti dapat banyak barang kemas dan duit” Setan berbisik ke dalam hatinya..

Dengan terhoyong hayang, beliau mencari bilik utama untuk menyelongkar barang tuan rumah itu..

Setelah memastikan tiada siapa di bilik berkenaan, beliau berjaya membuka laci meja solek, tetapi terkejut setelah mendapati tiada satu barang kemas atau duit pun di dalam laci itu..

“Aku tak puas hati..!!!” Setan terus berbisik..

Si perompak menyelongkar almari pula kalau2 ada duit yang disimpan oleh tuan rumah berkenaan di dalam nya, tetapi hampa, masih tiada satu pun barang atau duit yang diperolehi..

“Apa ni? Miskin betul tuan rumah ni..” Getusnya di dalam hati..

Tetiba beliau terkejut..Ini disebabkan oleh kerana kecuaiannya, tanpa disedari rupa2 nya tuan rumah berkenaan ada di rumah..Dan tuan rumah itu baru sahaja keluar daripada tandas..

“Alamak..!! mana aku nak lari ni? Mati aku..!!!” 

Si perompak yang terlalu pening2 lalat, tak boleh nak berfikir rasional, panik dan tak tau nak buat apa..Terlalu berat kaki terasa untuk melarikan diri..Terlalu lemah badannya untuk bangun..Si perompak hanya duduk memegang lutut di sisi katil kepunyaan tuan rumah berkenaan..

Dia hanya merelakan apa saja yang bakal terjadi..Kalau ditembak kepalanya dengan senapang gajah pun dia rela..Kerana terlalu banyak dosanya yang telah dilakukan olehnya..

“Biarlah aku mati..”

Bunyi tapak kaki semakin menghampiri..Semakin terasa dekat semakin kuat gigilan badannya..

Pintu bilik dibuka, beliau sudah menekup muka ke lutut..Terlalu takut..

Lampu bilik dipasang..Si perompak dah terkencing dalam seluar dan nak pengsan..

Tuan rumah terkejut kerana melihat sekujur tubuh memeluk lutut di sisi katilnya..

Dan tuan rumah mula bersuara..

“Kenapa abang duduk peluk lutut kat tepi katil kita ni?”

“Laaaaaaaaaa……………”

Ini cerita rekaan aku, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati ok..!!

~ oleh Rizwan di Rabu, November 7, 2007.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: