Perempuan, Isteri dan Dot Dot Dot

Sebenarnye tajuk ni takde kena mengena pun ngan post aku.. Bukan cerita yang Sofea Jane tu berlakon ye..Cuma aku nak bentangkan sikit perangai orang perempuan seperti yang pernah diulaskan oleh saudara Azrul tentang kaum hawa ni..

Kepada wanita2 yang terbaca post aku, tolong jangan marah..Aku tak maksudkan semua kaum Hawa berperangai begini..Cuma aku nak ceritakan apa yang aku nampak / dengar / perihal kaum yang diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam ni..

Seringkali kita terdengar ungkapan2 yang biasa dilafazkan oleh kaum wanita ni..Antaranya yang paling faymes…

“Lelaki semua sama je..”

“Lelaki pantang nampak dahi licin..”

“Lelaki memang gatal..”

Aduhhh…Kenapa cabul sekali ayat2 yang dipetuturkan oleh mereka ini, walhal tidak adakah diantara mereka yang berperangai malah lebih teruk dari kaum Adam ini?

Hanya disebabkan setitik nila, rosak susu cap teko sebelanga..

Hanya disebabkan seorang lelaki, habis semua lelaki di dunia ni dicerca..

Sekarang aku nak bercerita pengalaman aku dikelilingi oleh kaum Hawa ni..

Cerita yang pertama..

Aku ada seorang kawan baik yang ku kenal semenjak pertama kali bekerja di sebuah bank yang terkenal di Malaysia..Memang diakui yang kitorang ni masa zaman mudanya (cehh..!!! rasa macam tua pulak..!!) suka laa meronda2 di sekitar disko2 atau pub2 di jalan Sultan Ismail..Tapi tak terniat langsung untuk ke disko2 atau pub2 yang ada disekitarnya..

Nak dijadikan cerita, semasa kitorang meronda2 untuk melihat gelagat warga2 kota yang mencari hiburan dan air kencing setan yang mengasyikkan tu, kitorang ternampak kaum Hawa ni (aku namakan A) yang kalau di ofis memang bertutup litup dengan tudung dan takkan nampak auratnya, tapi kat luar, dengan rokoknye laa, dengan air setan nye laa..membuatkan kitorang ingin mengenali beliau secara lebih dekat lagi..

Beliau sungguh terkejut apabila mengetahui yang rahsia nye terbongkar.. Dan bersungguh2 beliau meminta kami untuk tidak membongkarkan rahsia itu..Untuk menutup mulut kami, beliau mengajak kami untuk merasai nikmat berdisko di hujung minggu..Kami bersetuju..

Dipendekkan cerita, gedebuk gedebak, kawan aku ni berkahwin laa dengan si A..Sebabnya? Biarlah rahsia..

Mereka dikurniakan 2 orang anak..Hidup ‘bahagia’ selama 5 tahun..Aku tumpang gembira untuk kawan baik aku ni..

Tetapi satu hari, aku menerima panggilan dari kawanku, meminta untuk berjumpa..Aku bersetuju. Dan pertemuan di kedai mamak menyaksikan yang aku terkejut setelah mendegar cerita kawanku ni..

Aku: “Camne boleh jadi macam ni?”

Dia: “Tak tau laa pul, dia jadikan alasan untuk keluar rumah masa rumah kitorang renovate..”

Aku: “Laa..dia pegi mana?”

Dia: “Ikut laki lain..”

Aku: “What..?? Kau biar betul?”

Dia: “Betul..Aku pun tak tau laa..Tapi dia kata tak puas enjoy lagi..Lagipun, mamat tu bisnessman..Banyak duit..Tak macam kita yang makan gaji je..”

Aku: “Nak enjoy apanye? Bukan budak lagi kita ni..Dah tua..Aku lagi muda dari kau tapi aku pun dah takde masa nak enjoy2 dah..Dia nak berapa juta baru puas hati ngan hidup ni? Tak sangka pulak dia ni mata duitan gak ek..?”

Dia: “Ntah laa..Sekarang ni dia mintak dilepaskan pulak..Aku pening laa pul..”

Aku: “Anak2 macam mana?”

Dia: “Ni yang kitorang tengah naik turun mahkamah..Belum putuskan lagi siapa dapat hak jaga anak2..Tapi anak aku baru berapa tahun pul..Mesti dia yang dapat..”

Aku: “Haduuhhh…Macam2 hal laa..”

Hanya kerana tak puas nak ber’enjoy’, nak duit banyak, kawan aku ni jadi mangsa..

Tapi mesti korang akan berkata, “Alaaa..Kawan kau tu kan laki, carik je laa pompuan lain, kahwin, abis cerita..”

Cakap memang senang..Cuba kena batang hidung sendiri..

Aku bukan berniat nak mengutuk atau mengata kaum Hawa ni..Cuma bagi aku, janganlah hanya menyalahkan sebelah pihak saja..Dan seperti yang aku kata, bukan semua wanita di dunia ni jahat..Tapi bukan semua lelaki jahat gak..

Kita suka menyalahkan pihak yang lain tanpa memikirkan kesalahan diri sendiri..Memang naluri manusia begitu..

Dan kalau ada wanita2 yang terbaca post aku dan tak berpuas hati ngan entry aku ni, banyak lagi cerita2 dari pengalaman yang aku lalui untuk aku kongsikan bersama..Jangan pulak korang fikir,

“Elehhh…baru satu hal..Dah nak pandai2 komen camtu..”

Aku ada banyak lagi cerita yang aku lalui, dan kalau korang nak, aku boleh ceritakan lagi..

Ingat, cerita2 begini bukan rekaan aku, tapi dari pengalaman aku..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Selasa, November 6, 2007.

9 Respons to “Perempuan, Isteri dan Dot Dot Dot”

  1. uhhhhh…pompuan ini tipikal..

    sama saja..tapi mana yg baik, baguslahhhh..

    satu je aku nak cakap

    “pompuan pantang nampak harta!”

  2. yang aku tak paham lagi satu hal pompuan gedik neh,
    kenapa suka sangat kat husben orang? kalau alasan love is blind, fak of lah!!
    aku cukup tak pahm la.

    damn pompuan2 mcm tuh!! ptuihh!!

    heheh.. tumpang lalu.. nampak posting ni..emosi pulak.. maap yer..😀

  3. kalo menurut faerrin, perempuan sebenarnya sebahagian dari komplot untuk take-over dunia, tu faerrin yang cakap la, bukan aku..

    di dunia material ni, perempuan memang guna macam2 alasan nak reject lelaki, lebih-lebih lagi yang hanya menaiki rapidKL seperti aku, tapi itulah realitinya, kita nak ngorat, dia kata, “lelaki semua penipu” padahal dalam hati, “lelaki yang takde BMW semuanya boleh blah” Cess!

  4. Hahahah..Eden setuju ngan ekau azrul..!!

    Baru semalam member aku dok cuba2 nak pikat satu awek ni..Sekali awek tu sms tanya..

    “U ada kereta ke?”

    Hahahaha..sian member aku tu..naik motor je..terus delete nombor awek tu..

  5. isk…kalo jumpa pompuan tuh pul…..aku terus ngorat dia…tapi aku tak banyak duit…hu..huh…..hu….

  6. Hahahaha..

    Boy ko penah tengok dia laa..infact ko kenal dia..

    Masa ko buat show kat satu dinner, baju dia terlucut lalu mempamerkan t***k nya yang ranum..!!! muahahahaha

  7. aku tau la pul…saja jer..kesian kawan kira tuh…kena balik perak..takper…nanti aku rekomenkan bini yang baik nyer…tapi tak gila duit…

  8. Hahahaha..aku lupe aku penah citer kat ko..

    Aku dengar dia dah kawin dah pun..Lepak perak lagi best katanye..

  9. […] banyak email dari perempuan2 yang marah dengan post aku sebelum ni..Tertanya2 apa post tu? Baca kat sini laa […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: