Perhimpunan 100 Ribu Rakyat

“Assalammualaikum”

Tengah aku dok belek2 blogroll aku, tetiba aku terbaca pasal perhimpunan ni..

Aku pun klik kat sini sini sebab nak tau pasal benda yang hangat diperkatakan sekarang ni..

“Bagus usaha ni…Dari asik bloggers2 Malaysia ni nak menghentam kerajaan dalam blog, better buat reformasi aman camni..Baru terbukak mata kerajaan yang buta ni..”

Tengah aku dok baca ‘terms & conditions’ sesape yang nak join reform ni yang buat aku bole terbayang benda2 yang bakal terjadi..

Dalam satu terms tu,

– peserta tidak dibenarkan untuk membawa sebarang senjata atau benda2 yang bole mendatangkan kecederaan..

Haa…Ini yang aku takut..Masalahnye dalam perhimpunan tu, ramai gile orang dan susah untuk pihak penganjur nak buat ‘spot-check’ kat para peserta..Macam mana diorang nak tau kalau ade saper2 yang membawa senjata?

Jangan salah faham ye..Bukan aku nak cakap sesape yang join reform tu jahat.. Sape yang join reform tu mesti akan bergaduh dengan pihak berkuasa.. Bukan tu..Bukan ni..

Tapi ape yang aku nak terangkan ialah..

– Jangan terkejut kalau ada peserta yang menimbulkan kekecohan sebenarnya adalah ‘POLIS’..

– Jangan terkejut kalau ada peserta yang membawa senjata sebenarnya adalah ‘POLIS’..

– Jangan terkejut kalau ada peserta yang sebenarnya ‘POLIS’, tapi menyamar untuk merosakkan perhimpunan aman ni..

– Jangan terkejut kalau perhimpunan ni tak jadi, sebab mesti ‘POLIS’ yang buat hal..

– Last skali, Jangan terkejut kalau korang nampak aku lagi hensem dari korang..!!

“Heh Heh Heh..Last tu penambah perisa..”

So kepada pihak penganjur atau peserta2 perhimpunan aman ni..Diharap dapat laa reform ni berjalan dengan lancar..

Aku doakan supaya takde laa diantara korang yang tercedera atau dipukul oleh pihak ‘POLIS’..

Aku doakan jugak supaya pihak kerajaan dapat menerima usul yang dikemukakan oleh aktivitis2 dan NGO..

Aku doakan jugak jangan laa sampai jadi medan pembunuhan beramai2 pulak..

Insyaallah aku akan join perhimpunan ni sambil bawak maruku yang aku curik dari rumah member india aku..Diwali kan..

Korang nak, aku tapaukan..Tapi korang kena carik aku laa..

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Isnin, November 5, 2007.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: