Petua untuk membeli condom – Untuk pemuda2 yang pemalu

“Assalammualaikum”

Jam menunjukkan pukul 9.55 malam. Aku baru saja menyelesaikan segala masalah yang ada di ofis aku..

“Penat gila..Balik kang aku nak mandi hot shower laa..” Aku dah buat plan..

Baru saja aku nak melangkah masuk ke dalam lif, tiba2 kawan aku memanggilku,

“Pul..!!! tunggu jap..”

“Alamak…Ape dia nak ni..??” Getus hatiku…

“Hah..kenapa rip?” aku bertanya..

“Err…bole tolong aku satu benda tak?” Sambil buat muka seposen..

“Isshh..Aku nak balik dah ni..Kenapa? Ada benda tak siap ke..?” Punya laa banyak soalan aku tanya diatas sebab dalam kepala aku dah terbayang air mandi yang panas..

“Hmm…Camne nak cakap ek..? Err..” Muka kawan aku dah malu2 kucing..Puiii…!!!!

“Laaa…Cakap jer laa…” Aku dah mula tensen..Dah terasa air mandi yang panas dan nyaman memanggil aku..

“Jom pegi 7-eleven..” Ajak kawanku..

“Haaa? Alamak rip, kau nak beli ape kat 7-eleven time2 ni?” Aku dah bertambah tensen..Selamat tinggal air panas..!!

“Ada laa…Jom laaa…..” Kawanku memaksa..

“Ok laa…” Aku menurut walaupun hatiku tak ikhlas langsung..Teruk kan aku ni..

Aku pun menumpangkan si Arip ni ke 7-eleven..

“Hah..Dah sampai..Turun laaa…” Aku sedikit marah..

“Alaaa pul…Kau turun laa..aku kirim kat kau..” Pinta kawanku..

“Isshh..Apahal aku pulak kena turun? Bukan aku yang nak pegi 7-e ni..Kau pegi laa..” Aku dah mula tak puas hati..

“Aku malu laa pul..Kau turun laa pleaseeeee……” Kawanku mula merayu2..

“Ape kena ngan kau ni rip? Ape yang kau malu..?” Aku dah mula pelik..

“Kau nak beli ape sampai malu sangat ni?” Aku dah bertambah tensen..

“Aku…Aku…” Tergagap2 kawan aku ni..

“Aku apa..??” Aku meninggikan suara..

“Aku nak beli kondom..Tapi aku malu…!!” Akhirnya kawan aku mengaku..

“Laaa….!!! Kenapa kau nak beli kondom pulak..? Lagipun kau bukan budak lagi..Umur dah 32 tahun..Anak dah 2..Ape yang kau malu nak beli kondom pulak ni?” Aku dah naik marah..

“Alaaa..Aku tak biasa..Kau dah biasa beli benda2 camni..” Kawanku menjawab..

“KEPALA HOTAK KAU..!! Kau ingat sebab aku budak bandar, open minded, suka hati kau je cakap aku biasa beli benda ni..Aku langsung tak pernah atau terfikir nak beli kondom ni..!!” Aku membentak..

“Alaa..Kau tak malu kan? Kau kan gentlemen” Kawan aku membodek..

“Haduhh…Ok laaa…” Aku dah malas nak melayan..Lagi dilayan lagi tak balik laa aku jawapnya..

*Ting Tong* Aku bukak pintu 7-e

“Selamat malam..” Tegur mamat penjual tu..

“Err..Kondom ada dik?” Aku pulak yang rasa malu..

“Abang nak brand apa..Semua kita ada kecuali Durex jer takde..” Sopan budak ni..

“Alamak..” Aku mengaru kepala, tak tahu mana satu yang si Arip ni nak..

“Mana satu yang elok ek dik?” Aku bertanya macam budak sekolah..

“Kalau abang tanya pendapat saya, yang lain ni tak bagus sangat kecuali yang satu ni..Brand PlaySafe..Yang ni betul2 bagus bang..Abang mesti cuba baru tau..Saya dah cuba..Fuhhh…..!!! memang bagus gila..Saya memang suka pakai brand ni sebab…”

“Ok Ok..Cukup.. Bagi aku satu..” Aku terpaksa memotong cakap pekerja 7-e yang dah terlebih peramah dan takde perasaan malu tu..Kalau dilayan, berjam2 jugak laa aku kena lepak 7-e..

“Ok..RM4.20 ye..Nak plastik?” Tersengih2 pulak budak ni..Aku sepak kang..!

“Takpe..Nah RM4.20” Aku nak blah cepat2..

“Ni baki ye bang..Jumpa lagi..Selamat berbahagia..” Cewahh..Pandai pulak budak ni nak wish aku..

“Ye lah..” Aku menjawab sambil berlalu..

Aku pun masuk kereta, bagi bungkusan tu kat si Arip..

“Terima kasih banyak2 laa pul…Kau laa kawan dunia akhirat..!!” Bersungguh2 kawan aku ni..

“Ye laa..Dah laa..Aku nak balik..” Aku malas nak melayan..

Kereta meluncur laju..

Kepada sesiapa yang malu2 nak beli kondom, ini laa petuanya..

Suruh je kawan2 korang yang kaki tak malu pegi beli..

Macam aku…

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Sabtu, November 3, 2007.

10 Respons to “Petua untuk membeli condom – Untuk pemuda2 yang pemalu”

  1. Ahh,bila dh tolong baru ckp ‘kwn dunia akhirat’!

    heh,apsal plak rasa dengki & iri hati pd beliau ni? ahaha..
    eh,pekerja 7-e tu terlebih expert lak? dh kawin ke?

  2. Ko dengki kat sape ixora?

    Budak lagi laa pekerja 7e tu..

  3. ahaha.. tade dengki kt sape2 pn.. saje je kasi komen cenggitu..😀

  4. lao cantuh …len kali aku kirim kao je laaa…ok???

    hehehe!! got cha!!!

  5. Ok..!!! ko nak brape faerr?

    Aku rasa aku kena bukak satu stor..sape nak condom beli ngan aku..Hahahahah

  6. 7E mana tu ek?……..

  7. 7e kat pantai..

    Gapo? mu nak g beli gak ke?

    Hehehehe…

  8. Tak… nak mintak khidmat nasihat kat kaunter..kah..kah..kah….

  9. Hahahahaha…

    Ko takyah mintak nasihat kat kaunter laa vista..

    Ko tanya aku sudah…senang..

    Hahahaha meh sini meh..

  10. hoi…gile ding dong kao nak buat stor kondom??

    hahahahahaha..

    leh wat bisnes nih..mahu join nih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: