Siapa Bodoh?

Bila kerajaan lembab,

Kita berkata “Bodoh punya kerajaan..”

Bila Samy Vellu naikkan harga tol,

Kita berkata “Bodoh punya Samy Vellu”

Bila mesin ATM offline,

Kita berkata “Bodoh punya ATM”

Bila budak sekolah tak buat kerja sekolah,

Cikgu berkata “Bodoh punya murid”

Bila ada pemandu yang bawak kereta slow macam siput,

Kita berkata “Hoi Bodoh..!! Tak tau bawak kereta ke?”

Bila ada pemandu pulak yang bawak kereta macam setan,

Kita berkata “Bodoh..!! Eksiden laa kau..”

Bila ada pekerja yang tak tau buat kerja,

Kita berkata “Bodoh..!! Kerja senang pun tak boleh nak buat..”

Bila mamak salah hantar order,

Kita berkata “Oi mamak, aku order teh tarik, bukan sirap limau, Bodoh..!!”

Bila anak salah beli barang dapur,

Emak berkata “Mak nak kicap bukan air coke laa Bodoh..!!”

Dalam hidup kita, perkataan “Bodoh” sudah sinonim dengan hidup kita. Apa jua benda yang bagi pihak lain itu salah, perkataan “Bodoh” pasti ada dalam penggunaan ayatnya..

“Kau ni Bodoh laa..”

“Bodoh nak mampus..”

“Bodoh punya bangsa..”

“Kenapa kau ni Bodoh sangat?”

Apakah yang menyebabkan kita semua suka sangat dengan perkataan “Bodoh” ni?

Adakah disebabkan oleh pengaruh rancangan TV dulu2 yang suka / kerap menggunakan perkataan “Bodoh” hingga mempengaruhi minda penonton?

Adakah disebabkan oleh diri sendiri yang merasakan dirinya “Pandai”?

Adakah disebabkan oleh sifat berlagak / kaya dan selalu memandang rendah terhadap orang yang tak bekemampuan padahal duit dia banyak pun sebab bapak dia yang kaya?

Letaklah diri kita di mana pun, percayalah, perkataan “Bodoh” pasti terkeluar dari dalam mulut kita.

Sekarang baru aku tau kenapa ramai sangat manusia dalam negara kita ini bodoh2 belaka..

Kerana hari2 kita disumpah oleh orang lain yang memanggil kita “Bodoh”..

Cuba lihat dan letakkan diri kita semua di situasi seperti diatas.. Layakkah kita dicemuh / dipanggil “Bodoh” padahal kita ada sebab sendiri kenapa kita berbuat demikian?

Siapakah kita untuk memanggil / mendefinisasikan seseorang itu “Bodoh”?

Kalau dah semua orang kita panggil “Bodoh”, pasti ada orang lain yang akan memanggil kita “Bodoh” juga..

Ini bermakna, kita semua “Bodoh” ke?

Dan kalau kita semua ini “Bodoh”, siapa pula yang “Pandai”?

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Khamis, November 1, 2007.

5 Respons to “Siapa Bodoh?”

  1. Aku berpegang pada falsafah: Kebanyakan dari kita BODOH, yang lainnya LEBIH BODOH. Aku selesa menjadi sang BODOH.

    Bodoh itu subjektif. Tidak mengakui kebodohan itu lebih bodoh. Dan kepada yang kata ‘Bodoh boleh Belajar, Jadi Pandai’. Tak ada maknanya. Terima kebodohan itu. Belajar, jadi berilmu macam mana pun, bodoh itu ada dalam attitude.

  2. Entahlah.. kadang-kadang perkataan tu keluar tanpa disedari. Lebih-ebih lagi bila tengah terlebih emosi. Bibir laju sahaja menuturkan perkataan itu tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Dalam contoh di atas, rasanya jarang ada ibu yg akan memanggil anaknya dgn perkataan ‘bodoh’. Walau marah sekalipun si ibu tak akan menuturkan kata ‘bodoh’ pd si anak. Tapi, entahlah jika ada si ibu yg tergamak memanggil anaknya ‘bodoh’ sedangkan dia tahu kata-kata seorang ibu itu umpama suatu doa yg mudah dimakbul Tuhan. Wallahua’lam..

  3. Makcik aku suka panggil marah anak dia panggil Bodoh..

    Kesian dia, sekarang hidup susah ntah kemana pun tak tau..

    Betul cakap ko ixora, kata2 ibu umpama doa..

    Azrul,

    Aku setuju..memang kita semua mesti ada kebodohan sendiri..

  4. kao perlu tonton idiocracy..citer masyarakat dunia yg bodoh melampau2..perlu tonton!!!

    ini bukan lawak razak ok??

  5. hahahaha…ok nanti aku donlod..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: