Kejadian Sedih 2 Hari Sebelum Syawal

“Assalammualaikum”

Aku nak menceritakan kejadian sedih lagi menyayat hati yang berlaku 2 hari sebelum raya..

Aku dengan missus aku pegi laa bershopping raya kat Sogo..Aku ingatkan tak laa ramai sebab pikir kan yang setengah ratus ribu penduduk dah pulang ke kampung masing2..Tapi tengok jer laa kat bawah ni..

sogo1.jpg

“Punyer laa ramai umat..diorang ni tak nak balik kampung lagi ker..??”

Dari tingkat atas Sogo tu aku tengok dah macam semut menhurungi gula..Nasib missus aku taknak pegi situ..Kalau tak, aku pun tergolong dalam angkatan semut gak..

Missus aku nak carik baju brand ‘Union Bay’ for ladies tapi sayang nyer, pihak Sogo dah tak jual brand tu for ladies..Guys nyer ader laa.. Sian dia…

sogo2.jpg

“Huiii…ramai nyer orang…pening kepala aku..!!!”

Missus aku dah tensen sebab brand tu susah nak carik for ladies,so aku pun ajak laa pegi tempat lain.. Next destination…

soping001.JPG

“Sungai Wang..!!!!”

Seriously skarang ni shopping kompleks dah tumbuh macam cendawan..Dan aku tengok kat kawasan2 segi tiga emas ni laa paling banyak mengakibatkan jemm..Haduuhh…

Dah masuk keluar sungai wang, keluar masuk Lot10, pun takder gak for ladies..

Missus aku dah terbakar..dia punyer tensen sampai gambar ni pun dia nak snap..

soping002.JPG

“Hmm…Tapi ok gak..Tarian tradisional Malaysia..”

Aku punya kaki dah nak tercabut dah..Punyer laa penat tapi aku tengok missus aku ni steady jer.. Itu jer laa yang aku paling pelik ngan kaum pompuan skarang ni..Kalau suruh masak punyer laa malas…tapi kalau bab shopping…

“Non-stop 8 jam shopping pun takpe..”

Dan seperti yang aku terangkan kat atas ni, disebabkan still tak jumper gak brand tu, missus aku ajak g KLCC pulak..HADUUUHH…!!!!!

Macam biasa laa..Kalau kat Sg Wang ni jalan tak jem, tak layak laa tempat ni digelar Sungai Wang…

soping004.JPG

“Ni apahal mamat ni nak jadi polis trafik tak rasmi pulak ni? lagi jemm ader laa”

So lebih kurang 30 minit baru laa kitorang sampai KLCC..padahal kalau jalan kaki aku rasa dah sampai lama dah..Tensen jer..

Kat KLCC, parking pulak takde..!!! lagi laa buat aku nak meletop..!! “Puasa pul, kau tu puasa.Tahan marah tu pul..” aku memujuk hati aku sendiri..

At last, aku dapat gak park keta aku walaupun dah nak sejam carik tak jumpa2.. “Jauh pulak tu nak jalan ke pintu masuk..!!” aku merungut tapi dalam hati jer laa..

Tetiba aku nampak satu pemandangan yang menyakitkan mata dan hati aku..“Apa pandai bodoh sangat tuan punyer kereta ni? Buta kot?”  Mana laa aku tak bengang..Aku macam nak gila carik parking, dia ni sesuka hati jer park kat sini..Tak nampak ke sign ‘No Parking’ tu?

soping2.jpg

soping1.jpg

“Untuk pengetahuan owner kereta Gen-2 yang bodoh bijaksana, pikir laa pasal orang lain..Pasal kau park kereta kau macam tu, dah menyusahkan pengguna kereta lain..Tak percaya, next time kau park kat situ, aku bukti kan yang kau ni memang menyusahkan diri kau sendiri..(cat baru jer laa kereta kau lepas ni..Hahahaha!!)”

Lantak laa..

Macam biasa laa..Kat mane2 pun ramai orang kan..??

soping3.jpg

Aku pun masuk laa Usetan Isetan, Parkson dan macam2 lagi laa. Tapi still tak jumpa gak baju yang missus aku nak.. Memang dah takde jodoh dia ngan baju tu kot.. Apa nak buat..

“Kuasa Tuhan…”

Tapi agaknya sebab orang perempuan ni memang dilahirkan dengan kuasa bershopping tanpa penat lelah, missus aku ajak pulak gi Mid Valley..

Me : “What..?? dah nak buke puasa dah ni sayang oi..beli jer laa baju kat KLCC sudah laa..”

Missus : “Selagi orang tak dapat beli baju yang orang suka, jangan harap nak balik..!!”

Alamak..!! Mampus aku…Huhuhuhu… Tapi sayang punya pasal..

“Ok… jomm laaaaaaaaaaa……”

Setelah berhempas pulas meredah jemm kat jalan raya yang penuh ngan kereta2 ni, aku sampai gak kat Mid Valley..Terus beli air buat bukak puasa..Kalau takde air, aku korek hidung aku buat bukak puasa.. Teori aku jer laa..hehehehe korang jangan ikot pulak..

“Tak elok melambat2 kan bukak puasa…” nasihat bapak aku…

Aku respek laa kat management Mid Valley ni.. Diorang ni peka ngan perayaan2 yang ader kat Malaysia ni.. Punya laa cantik diorang create scenery ni..

midvalley1.jpg

midvalley2.jpg

“Cantik gila laaaa…aku suka gile tengok diorang hias tempat ni..Hilang tensen aku..!!!”

soping5.jpg

Missus aku carik punya carik, finally, dapat gak baju yang dia suka…Fuhhh..!!!! memang laa aku pengsan balik karang sebab penat sangat…

Tengah2 aku merancang nak makan ape japgi ni sebab dah lapar sangat, tetiba missus aku bersuara…

“Sayang…Nak kasut…”

Haaa…??? haduhhh…nak kena carik kasut laa pulakk..!!!

“Ok laaa..jomm carik kasut..tapi kali ni beli kat sini jer ok..??”

So missus aku happy laa..tapi agaknyer sebab dia sibuk sangat carik baju dia tadi sampai lupa nak tengok jam, ini lah akibatnyer kalau terlampau lalai sangat…

soping7.jpg

“Kedai dah tutup..!!!! hahahahaha padan muka mi amore…!!!!”

Missus aku punyer laa marah sampai berubah rupa…!!!

soping10.jpg

“Hehehehe..kalau missus aku tukar rupa jadi camni, pengsan aku..” Tapi cantik kan patung ni..Aku nak beli..!!!!

Akhirnyer..missus aku dapat jugak menghabiskan duit aku dalam satu hari sahaja dengan membeli :-

soping11.jpg

Hand Bag,
Kasut,
Baju,
Sandals,
Dan yang sewaktu dengan nyer..

Setelah satu hari mengkaji tingkah laku manusia bernama wanita ini, dapatlah aku tafsirkan yang kaum2 wanita memang laa kuat tulang empat kerat diorang tu..Dan memang mereka dah dijafikan oleh Tuhan kuat tulang temulang nyer..Mesti ader sebab Tuhan jadikan mereka ni kuat, betul tak??

Dan tak dinafikan yang spesis wanita ni, kalau tak dapat aper yang diorang nak, jangan harap laa korang dapat ape2 dari diorang..Hahahahahaha….

Dan memang kita sebagai lelaki memang patut menampung segala makan pakai untuk kaum bernama perempuan ni..Kalau korang takleh nak menampung diri korang sendiri, toksah pikir nak kawin dulu…stable kan finance korang dulu…

“So kepada kawan2 yang senasib ngan aku, hayatilah cerita aku ini..Diharap sangat2 dapat laa kita bergabung tenaga membentuk satu organisasi menentang kaum wanita yang suka…”
cehhhh….aper aku merepek ni..??

Sampai sini saje laaa yang aku nak sampai kan..Sedih tak cerita aku..Ini laa kejadian sedih 2 hari sebelum syawal yang berlaku kat aku… Aku laa kejadian sedih tu…Huhuhuhu

Kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat tak kira laa Islam ke Christian ke Hindu ke atau ape2 agama yang korang anuti..Kita semua duduk dalam satu negara SO sambut raya pun sama2 laaa ok..!!!!

 Jumpa lagii…

“Assalammualaikum”

~ oleh Rizwan di Sabtu, Oktober 20, 2007.

5 Respons to “Kejadian Sedih 2 Hari Sebelum Syawal”

  1. anda la manusia paling penyabar rasanya! dr sogo ke sg wang ke KLCC dan midvalley.. pergh!! mana ada lelaki yg sanggup temankan gf @ isteri @ kwn bershopping sampai pat lima tempat dlm satu hari. syabas..!!

  2. Thanks ixora for your comment. maybe ader orang lain yg lagi penyabar dari aku kot.. tapi takpe.. Ape dia nak, belikan jer.. bukan orang lain pon kan? Hahahaha..Thanks again ixora..Selamat Hari Raya k..

  3. Dr pengamatan sy, tak ramai rasanya lelaki yg penyabar kt dunia ni.. (ye ke?erkk..) So,missus anda sgt bertuah kerana memiliki anda. Haa.. ada sorang lg yg lebih kurang penyabar mcm anda! Abg sepupu saya. Susah nk jumpa org mcm dia (& anda juga) kt dunia ni.

    Selamat Hari Raya ke.. err, ke brp eh? ke-10 kot.. utk anda!🙂

  4. Apakah anda dengan indirectly nya menyifatkan bahawa kesanggupan anda untuk melayan ‘KEINGINAN’ missus anda melayari 4 shopping complex yang keji lagi terpuji ini sebagai satu episod sedih 2 hari sebelum syawal?

    Boleh add tak?

  5. En Suefami, kejadian sedih ni sebenarnye takde kena mengena dengan aper yang saya kena layari ke tempat2 sedemikian, <—“alamak,apasal skema sangat bahasa aku ni?” tapi aper yang menyedihkan, duit saya habis digunakan untuk berbelanja. takde direct nor indirect pun..Hehehe..Tapi aper2 pon, for me tak salah kalau kita spend our money for the loved ones seperti yang saya nyatakan di atas.. Tapi penat tu ada dimana-mana sahaja..<– betul ker aper aku cakap ni? *twink*… walau macamanapun, Thanks a lot to you for the comments..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: