Masih tak Percaya tak Mahathir Jahat? Apa kata Pumpkin..

“Assalammualaikum…”

Aku seronok baca blog orang lain expecially yang jenis takde bukti kukuh or main hantam jer..Blog blog macam ni yang menceria kan hidup kita di dunia yang memang aku setuju semakin ke arah kehancuran..Blog blog macam ni yang buat aku menghabiskan 1 jam dari masa aku untuk membaca cerita2 yang kadang2 buat aku terpikir..

“Betul ke?”..

Dalam banyak2 blog, aku suka baca brother Black punya blog..Yang berkaitan dengan Mahathir jahat..Mahathir punya pasal atap runtuh..Mahathir punya pasal siling bocor..Mahathir punya pasal rasuah berleluasa..Mahathir punya pasal tamadun negara tak berkembang..Mahathir punya pasal 22 tahun jamban dia penuh tak pernah flush..

“Hahahahahaha”

Bagi aku, memang tak salah kalau nak di pikirkan yang Mahathir ni jahat..Memang sejak zaman dia, macam2 jadi..Dengan kes Annuar Ibrahim laa, kes hutang ngan Bank Dunia laa, kes bunuh laa, kes ekonomi negara down laa..Tapi adil kah kita sebagai rakyat untuk menilai sama ada seseorang insan itu jahat atau tidak?

Tak dinafikan memang kita berhak untuk bersuara..Dalam negara kita ni, takder siapa boleh halang kita nak cakap pasal datuk tu laa, nak cerita pasal nenek ni laa..Sesiapa pun bole kita cerita kan..Bole heboh kan..Kalau bole hari2 aku nak citer pasal kawan2 aku or sesaper jer..Tapi masalah nyer,kalau aku nak cerita pasal diorang semua ni,

“Aku takde bukti kukuh langsung..!!!”

Aku selalu nak cerita pasal tok ustaz..Diulangi, USTAZ..!!! Yang pernah ditahan kerana berdua duaan dengan budak perempuan kat ladang getah or kat ladang kelapa sawit suatu masa dulu..<—- aku ingat2 lupa pasal kes ni…sorry..

“Itu cerita betul”

Aku selalu nak bercerita pasal staff JAWI kena tahan sebab mencabul budak perempuan yang dia tangkap khalwat..

“Itu memang cerita betul laa kan..”

Aku nak cerita pasal Bos BPR ditahan sebab rasuah..

“Ini kompem betul..”

Dan yang terakhir,aku nak cerita pasal Najib Tun Razak bunuh Altantuya atau bapak arwah Nurin berhutang dengan ceti / along yang aku dengar dari jiran aku punya sepupu punya mak punya adik ipar punya bapak punya anak punya adik punya kawan punya kucing punya anjing punya semua laa…

“Alamak..!!! Ramai nyer CNN..Betul ke cerita ni..???”

Ni laa yang aku cuba maksud kan..Benda2 macam ni la penyebab utama kenapa negara kita tak bertamadun..Kenapa otak kita rosak dengan benda2 yang ntah hape2 ntah..Kenapa kita tak berkembang maju..Kenapa akhirnya kita jadi tua kerepot tapi benda2 macam ni masih ada lagi dan takkan hilang macam tu jer..

“Sebab kita sendiri yang menjatuhkan kaum kita sendiri..!!!”

Mungkin betul tujuan seseorang tu nak menceritakan apa yang terjadi kat sekeliling kita,benda2 yang kita tak nampak,benda2 yang dia rasa pada pandangan 2 bijik mata dia tu salah,dalam bentuk blog sebab utama nyer..

“Takkan nak buat ulasan khas dalam berita pulak kan?? Takkan nak tunjuk muka sendiri dan kutuk kerajaan secara terang terangan kan??”

Maksud aku, kita cakap pasal tu pasal ni dan tak puas hati pasal sesuatu, tapi bukan cara yang betul..Korang setuju tak??

Mungkin ramai yang marah dengan post aku ni..Mungkin akan ada orang yang ‘cop’ aku sebagai orang yang tak tau apa2 tapi pandai2 nak komen..Mungkin akan ada orang yang akan kata aku ni tak cukup pengalaman hidup..Tapi takde sesiapa kata yang walaupun aku ni tak cukup pengalaman laa, tak tau ape2 laa, tapi aku ada keluarga yang aku sayang dan aku tak hisap dadah atau kena tangkap basah atau merosakkan orang lain..

Aku cakap ni sebab bukan semua orang baik..Bukan semua orang akan buat benda2 yang tak baik..Bukan semua orang pilih hidup macam tu..Semua tu ketentuan Yang Maha Kuasa..

“Tapi kalau ada otak, pandai2 laa pikir..Buat ape cari salah orang lain kalau salah sendiri pun tak nampak??”

Aku tak kata yang semua orang kena tulis blog yang baik2 jer..korang nak post ape pun, “post jer laa..aku bukan sesape nak halang korang..!!” cuma aku bagi pendapat aku jer.. Jangan marah ye kawan2..

Mungkin memang Mahathir tu jahat..Sebab kalau bukan pasal dia yang memperkenalkan internet kat negara kita ni, KITA SEMUA TAKKAN DAPAT KUTUK SESAMA SENDIRI DALAM BLOG..!!!

“Betul gak ek??”

“Assalammualaikum..”

P/S – “Eh..Kita cerita pasal Mahathir ke Tun Mahathir??”

~ oleh Rizwan di Selasa, Oktober 9, 2007.

4 Respons to “Masih tak Percaya tak Mahathir Jahat? Apa kata Pumpkin..”

  1. Spicily well written😉

  2. wa sokong lu bro!
    diorg ni memang jenis bersuara tanpa menggunakan kebijaksanaan pun..
    main serbu je tanpa bukti yg kukuh.
    kehkehkeh

  3. Hehehehe..tu laa kdg2 aku pon pelik ngan komuniti kita ni..bukti tu penting..lantak laa kalau orang tu buat jahat pon janji kita ader proff… thanks bro luahan..and thanks guys for the comment..

  4. Assalamualaikum …. yang pasti Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia…. dan antara yang bertanggungjawab adalah pemimpin atau pemerintah atau kerajaan.

    Tanggungjawab kita :

    1-tahu masalah diri sendiri
    2-ambil tahu masalah ummah

    Mungkin tak perlu dibuktikan perkara-perkara yang berat, cukup sekadar perkara-perkara yang kecil, jikalau itu pun pemimpin yang mengaku sebagai pemimpin Islam tidak dapat lakukan, apatah lagi kalau perkara yang lebih besar, mahukah kita dituduh bersubahat dengan mereka.

    Zalim bukan saja memberi maksud, membunuh, mendera dan seumpama dengannya. akan tetapi definasi zalim mengikut perspektif islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Bila pemerintah yang zalim berkuasa, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk tidak memberi sokongan kepada mereka.

    Itu kena faham, dan ini hari masalah yang berlaku di bumi malaysia, kita harus sedar …. iya ! memang bukan tanggungjawab pemerintah saja, bahkan kita semua .

    Berkenaan berita yang melampau dan yg seumpama dengannya … kita diberi akal untuk berfikir bukan untuk menerima bulat-bulat setiap apa yang disampaikan …. jika berita itu tidak benar atau sekadar fitnah, dan jika kita ragu akan kesahihannya, baik abaikan sahaja, biarlah si pembuat fitnah itu yang menangungg risikonya atas kesanggupan mereka berbuat demikian,

    hari ini, apa yang dapat saya lihat media yang rasmi tidak diberi dan tidak memberi peluang seadil-adilnya kepada rakyat dan masyarakat …. itu mungkin salah satu punca berlaku kelambakan blog-blog yang tumbuh ……

    apa yang pasti, Islam perlu ditegakkan di bumi Malaysia oleh orang yang selayaknya ….

    dan ini memaksa kita untuk belajar membuat pilihan dan perhitungan …

    “setiap kita ada tanggungjawab, dan setiap dari kita akan ditanya atas apa yang terpundak ”

    ketahuilah … islam jalan penyelesaiannyaa ….

    salam aidilfitri maaf zahir dan batin …

    Dari : Life Of Aku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: