Nasi Lemak Kg Baru

PENGAJARAN UNTUK SEMUA ………

Cerita ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ….

.Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untukmendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluargaturun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya “resepi rahsia” yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan.

Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu
dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil
perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu.

Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong RajaMuda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yangdigunakan seharian.

Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah.. sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yangbercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis keatas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan
meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam
berkenaan.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuhdengan ………… ……… ……….

Nasi Lemak

Heh…Heh… Heh…Jangan mare …… Dah! Cerita ni tipu jer ……..Pergi
buat keje tu haa …apo … nak makan gaji buto ko ?????

*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ….. “Siut betul! bukan
main srius aku baca cerita ni,

hampeh!!”

~ oleh Rizwan di Selasa, Oktober 2, 2007.

2 Respons to “Nasi Lemak Kg Baru”

  1. adeh..!! pagi2 da terkena……. huuu……

  2. Hehehe..jgn mare ekk..aku dah terkena awal2 lg..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: